Selasa, 5 Mei 2009

Sebutan semula kes model didakwa minum arak 20 Julai

MYMETRO


KUANTAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menetapkan kes model sambilan dari Singapura yang didakwa meminum minuman keras di sebuah pusat hiburan tahun lalu, disebut semula pada 20 Julai ini.

Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Pendakwa Raya Syariah, Saiful Idham Sahimi menyediakan hujah balas selepas meneliti hujah bagi meringankan hukuman yang dikemukakan peguam responden, Mohd Zuki Che Muhamad Ghani .

Terdahulu, Saiful Adham meminta mahkamah memberi masa kepadanya untuk meneliti rayuan yang dikemukakan responden kerana beliau baru menerima salinan rayuan itu, semalam.

Abdul Rahman berkata, tempoh yang diberikan agak panjang itu juga untuk membolehkan pendakwa raya menyediakan hujah balas berhubung kes itu.

Pada 12 Januari lalu, responden, Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, didakwa bersama seorang wanita kerana meminum minuman keras di sebuah pub di Jalan Gambut ketika ditahan Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), kira-kira jam 1.20 pagi.

Wanita terbabit, Noorazah Baharuddin, 22, dari Selangor mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan rotan, Januari lalu.

Hukuman rotan terhadap umat Islam yang meminum minuman keras mendapat perhatian berikutan kes itu adalah yang kedua selepas Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dipinda pada 1987.

Tiada ulasan: