Rabu, 27 Mei 2009

Penstrukturan air akhir Jun

MYMETRO


KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula perkhidmatan air di Selangor dijangka dapat dimuktamadkan pada akhir bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui, semalam.

“Saya harap pada akhir Jun, mesyuarat akan selesai dan kita boleh berbincang mengenai pemeteraian perjanjian,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat Pameran Air Malaysia 2009.

Katanya, pasukan petugas khas bersama yang diwujudkan untuk rundingan berkenaan akan mengadakan pertemuan kedua di Putrajaya pada Khamis.

Tiada ulasan: