Jumaat, 15 Mei 2009

Pengerusi DAP digantung Dewan 12 Bulan

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek Wong Ho Leng mengecam tindakan pergantungan daripada menghadiri sidang Dewan selama 12 bulan yang telah dikenakan keatasnya.

Jelas Ho Leng kepada media diluar dewan,, pergantungan beliau yang berkuat kuasa semalam adalah sangat malang dan tidak demokratik.

Ho yang juga Pengerusi DAP Sarawak digantung sehingga Mei tahun depan, dibuat berhubung kenyataannya semasa persidangan Dewan pada November tahun lalu.

Usul pergantungan berkenaan diluluskan oleh Speaker Mohamad Asfia Awang Nassar setelah dibawa Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Dr James Masing dan disokong oleh ADUN Tarat, Roland Sagah.

Seramai 60 Adun Barisan Nasional mengundi menyokong usul tersebut sementara tujuh Adun Pakatan Rakyat tidak menyokong usul tersebut.

Tiada ulasan: