Isnin, 25 Mei 2009

Pencipta lagu Selamat Hari Raya meninggal dunia

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR -Pencipta lagu Selamat Hari Raya, Ahmad Jaafar, 90, meninggal dunia pukul 11.30 pagi semalam selepas hampir sebulan terlantar di Hospital Alexandra, Singapura, kerana menghidap penyakit paru-paru berair.

Menurut cucu Allahyarham, Nuridwan Mohd. Saat, 37, pencipta lagu yang pernah dipopularkan oleh Biduanita Negara, Puan Sri Saloma itu menjalani pembedahan usus pada Februari lalu dan mendapat jangkitan pada pundi kencingnya.

''Arwah datuk saya mula tenat pada Jumaat lalu dan kemudian meninggal dunia di hospital tersebut semalam,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di kediamannya di Singapura hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan pada 30 Ogos 1919 di Binjai, Medan, Indonesia, meninggalkan tiga anak iaitu Irwani, 62, Anim, 60, dan Muliadi, 59, selain tiga cucu serta lima cicit.

Tambah Nuridwan, Allahyarham merupakan komposer yang banyak mencipta lagu-lagu termasuk untuk filem yang masih popular sehingga ke hari ini.

Tiada ulasan: