Rabu, 6 Mei 2009

Penanti: BN dijangka putuskan 18 Mei

MSTAR ONLINE


KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan pertemuan bagi menentukan sama ada parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti pada 31 Mei nanti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, keputusan sama ada BN perlu bertanding atau tidak bukan keputusan Umno semata-mata tetapi semua parti-parti komponen.

"Saya tak fikir ini (Penanti) isu Umno sahaja sebab bila kita bertanding... kita bertanding atas tiket Barisan Nasional.

"Kita tidak tergesa-gesa membuat keputusan. Kita ini parti begitu kuat pada kerja untuk kebajikan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Najib, yang juga pengerusi BN berkata keputusan mengenai kedudukan Penanti akan dibuat dalam tempoh terdekat. Difahamkan, pertemuan itu akan diadakan pada 18 Mei ini.

Kerusi DUN Penanti kosong setelah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin, 33, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkannya dengan alasan untuk melanjutkan pelajaran.

PKR telah mengumumkan calonnya, Mansor Othman bagi bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Tiada ulasan: