Rabu, 20 Mei 2009

Pemuda UMNO Dicabar Desak SPRM Untuk Bersihkan Pimpinannya

Editor Buletin


KUALA TERENGGANU - Dewan Pemuda PAS Terengganu mencabar Pemuda UMNO mendesak dan membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pimpinan UMNO yang terlibat dengan rasuah dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Ketuanya, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata SPRM sepatutnya bersikap agresif dan pro-aktif mengambil tindakan menyiasat beberapa pemimpin UMNO yang telah terbukti terlibat dalam gejala mungkar itu.

“Tindakan segera (mesti diambil) terhadap Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaludin, Ahli Majlid Tertinggi, Dato Ali Rustam dan yang lain-lain,

“kami juga mendesak agar pemuda UMNO meminta pihak polis menyiasat Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak yang dikatakan (didedahkan) oleh beberapa media di dunia tentang penglibatan beliau dalam kes pembunuhan Altantuya,”katanya dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Buletinonline.

Beliau berkata, pemuda UMNO sepatutnya malu bercakap tentang politik wang kerana tangan mereka sendiri berlumuran dengan najis rasuah.

Katanya pemimpin UMNO yang tidak bersih lagi dan parah dengan rasuah tidak layak menyamakan PAS dengan UMNO.

“UMNO tidak mungkin dapat mengelirukan rakyat dan menyamakan PAS dengan UMNO, rakyat sudah mengenali UMNO dan pimpinannya dengan rasuah /politik wang pada setiap kali pilihanraya dan pemilihan UMNO,”katanya.

Menurut beliau, pihak media yang pro-UMNO telah memutarbelitkan kenyataan kenyataan mursyidul Am dan Ketua Dewan Ulama PAS.

Katanya kedua-dua pimpinan PAS itu hanya memberikan nasihat dan ingatan supaya warga PAS jangan mendekati rasuah/politik wang, namun tindakan media yang belum matang sengaja mahu memburuk-burukkan imej PAS.

Tiada ulasan: