Rabu, 20 Mei 2009

Mustafa Ali sahkan tiada aduan politik wang dalam pemilihan PAS

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang aduan samada rasmi atau tidak berhubung dakwaan politik wang dalam pemilihan PAS.

Malah Mustafa menafikan berlakunya amalan itu memandangkan PAS adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan politik wang sejak dahulu.

Beliau juga menyatakan akan menolak aduan jika pengadu tidak mengemukakan bukti atau hanya membuat aduan secara 'hear say'.

Menyokong kenyataan itu bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri pula menegaskan tidak pernah berlaku dalam PAS amalan tersebut.

Malah isu itu katanya hanya sengaja disensasikan oleh media arus perdana bagi memberi persepsi negatif kepada PAS tatkala sokongan kepada parti semakin meningkat.

PAS juga katanya kini mendapat sokongan bukan setakat orang Islam, malah bukan Islam yang percaya PAS sebuah parti yang bersih.

Sementara itu Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin pula menyatakan KeADIlan tetap percaya dan yakin pemimpin PAS tidak akan memperjudikan maruah dan teras perjuangan dengan pengaruh wang untuk merebut jawatan.

Beliau percaya ahli serta perwakilan PAS bijak membezakan yang mana halal dan haram dalam perjuangan, begitu juga calon-calon yang bertanding.

Ujarnya, KeADIlan dan parti komponen Pakatan Rakyat tetap bersatu dalam memperjuangkan hak rakyat dan apa yang berlaku tidak akan menjejaskan persefahaman yang sedia terbina. - azm _

Tiada ulasan: