Jumaat, 8 Mei 2009

MB Selangor lawat DYMM Sultan hari ini

Muhammad Arif Ismail


SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini akan berangkat ke Amerika Syarikat bagi melawat DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda Sedang menjalani rawatan jantung di Pusat Perubatan Universiti Stanford, Palo Alto, San Francisco, California.

"Kerajaan Negeri berharap seluruh rakyat Selangor senantiasa mendoakan kesejahteraan DYMM Sultan Selamat dan cepat sembuh.

"Jawatankuasa masjid dan surau seluruh negeri ini diminta mengadakan bacaan Yassin dan doa selamat pada hari Khamis malam Jumaat sepanjang DYMM Sultan dirawat," katanya dalam satu kenyataan. - mks._

Tiada ulasan: