Jumaat, 15 Mei 2009

MB minta rakyat doakan Sultan cepat sembuh

Mohd Nor Yahya


KOTA BHARU - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta rakyat negeri ini mendoakan semoga Sultan Kelantan cepat sembuh.

Petang tadi beliau bersama beberapa anggota Exco menziarahi baginda di wad Diraja Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Baginda dimasukkan ke HUSM pada kira-kira jam 3 petang dipercayai terjatuh dan serangan lelah.

"Tuanku berada dalam keadaan stabil dan saya mendoakan semoga baginda cepat sembuh. Rakyat juga dminta mendoakan kesejahteraan tuanku," katanya ketika ditemui pemberita selepas itu.

Sultan Kelantan tengahari tadi sepatutnya menghadiri satu program anjuran kerajaan di negeri di Balai Islam Lundang, namun baginda diwakili Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid. - mj _

Tiada ulasan: