Rabu, 20 Mei 2009

Manoharan saman empat pihak RM100j

BERITA HARIAN ONLINE


TAIPING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan akan memfailkan saman RM100 juta terhadap empat pihak termasuk kerajaan Malaysia kerana mendakwa penahanannya mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibuat tanpa mengikut undang-undang.

Katanya, saman itu dikemukakan terhadap Menteri Dalam Negeri, kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Wakil rakyat DAP itu berkata, saman dikemukakan atas penderitaan dan kesengsaraan yang beliau alami semasa dalam tahanan ISA sejak 13 Disember 2007 hingga dibebaskan pada 9 Mei lalu.

Manoharan yang juga penasihat undang-undang pertubuhan haram Hindraf berkata demikian selepas menemui Lembaga Disiplin Kem Tahanan ISA Kamunting dekat sini, semalam.

Turut menemui lembaga itu ialah K Vasantha Kumar dan Ganapathy Rao, manakala dua lagi pemimpin Hindraf, Gengatharan dan P Uthayakumar tidak hadir.

Tiada ulasan: