Selasa, 26 Mei 2009

Mahkamah Sesyen keluarkan waran tangkap kedua ke atas Raja Petra

MSTAR ONLINE


KUALA LUMPUR: Makhamah Sesyen hari ini mengeluarkan waran tangkap kali kedua terhadap Editor Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin kerana tidak hadir pada perbicaraan kes fitnah ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim, Mohamad Sekeri Mamat mengeluarkan waran tangkap itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis mengemukakan permohonan tersebut.

Pada 23 April lalu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap dan notis kepada Raja Petra serta isterinya kerana gagal hadir perbicaraan kes penerbitan artikel berunsur hasutan yang dihadapinya.

Mahkamah pada prosiding yang lalu sepatutnya mendengar sambungan perbicaraan kes Raja Petra yang dituduh menerbitkan satu artikel bertajuk Let's Send the Altantuya Murderers to Hell yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web http://www.MalaysiaToday.com.

Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan seumpama itu dituduh melakukannya di alamat No. 5, Jalan BPR5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini pada 25 April tahun lalu.

Alasan yang diberikan oleh tertuduh kerana tidak menghadirkan diri ialah dia telah meletakkan dirinya dalam buangan dan tidak boleh menjejakkan kaki di Selangor kerana mendakwa telah menderhaka kepada keturunan diraja Selangor.

Alasan itu bagaimanapun disampaikan melalui laman webnya.

Tiada ulasan: