Rabu, 6 Mei 2009

Kerajaan Pulau Pinang akan bayar RM14 juta kepada mahkamah: Lim

BERNAMA


PULAU PINANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendepositkan RM14 juta kepada Mahkamah Tinggi di sini, berhubung perjanjian tanah seluas 4.3 hektar, bagi mengelakkan tindakan menghina mahkamah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata Mahkamah Tinggi sudah mengarahkan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, dan jika gagal, pemohon (pemilik tanah Tan Hak Ju) boleh mengambil tindakan terhadap kerajaan negeri kerana menghina mahkamah.

Walaupun kes itu masih belum selesai di Mahkamah Rayuan; pada 19 Februari, Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah supaya deposit itu dibayar kepada mahkamah, katanya di pejabatnya di sini, hari ini.

RM14 juta itu adalah sebahagian pampasan berjumlah RM29 juta seperti yang diarahkan Mahkamah Tinggi kepada kerajaan negeri untuk dibayar kepada Tan. - Bernama

Tiada ulasan: