Isnin, 25 Mei 2009

Kebajikan rakyat harus seiring dengan pembangunan - Exco Selangor

SUARA KEADILAN


KUALA LUMPUR - PEMBANGUNAN yang kini kiat dijalankan harus tutut menepati kebajikan rakyat setempat sejajar dengan manifesto kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mementingkan kepedulikan terhadap rakyat.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail, para pemaju tidak harus mementingkan keutungan untuk syarikat sendiri, tetapi keuntungan penduduk sekitar supaya perkembangan ekonomi dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan.

“Kita harus memikirkan bagaimana kebajikan masyarakat selain hanya mendapat keuntungan,” katanya pagi tadi ketika menyampaikan ucapan semasa majlis penutupan Program Hari Kesyukuran Ibunda Sempena Bulan Ibu Dan Hari Keluarga Warga Bagan Lalang.

Sementara itu, syarikat yang menaja program berkenaan, Sepang Goldcoast melalui Presidenya, Ho Hok Seng berkata sekiranya projek resort mereka telah berjaya disiapkan pihaknya bakal menyediakan 800 peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar Bagan Lalang.

Kata Ho lagi, beliau berharap dengan kewujudan resort yang bakal siap pada awal tahun depan memeningkatkan ekonomi penduduk sekitar dapat ditingkatkan melalui tarikan pelancong ke resort berkenaan.

Pada majlis berkenaan juga, kira-kira 27 ibu tunggal turut menerima sumbangan dari Sepang Goldcoast. Majlis yang diadakan itu turut dihadiri oleh Ketua Kampung Bagan Lalang Zahari Meskam.

Tiada ulasan: