Sabtu, 9 Mei 2009

KeADILan Kecam Polis Ceroboh Kemuliaan Dewan : Dr Tan Yee Kew

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : KeADILan Selangor mengecam keras tindakan polis yang kasar dan tidak profesional dalam menangani keadaan kecoh di persidangan DUN Perak.

Ketua Penerangan KeADILan Selangor Dr Tan Yee Kew berkata dalam kenyataan akhbar beliau hari ini bahawa polis yang bertindak seperti samseng jelas telah dipergunakan oleh Barisan Nasional sebagai alat untuk membantu mereka dalam rampasan kuasa Kerajaan Negeri Perak.

Sehari sebelum sidang Dun, pihak polis telah menahan lebih daripada 60 orang termasuk wakil rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat serta aktivis Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam kejadianyang berasingan.

“Kemudian polis bertinak lebih ganas setaraf samseng telah mengheret Speaker Pakatan Rakyat V. Sivakumar dari tempat duduk Speaker dan keluar dari dewan,” jelas Tan dalam kenyataan itu.

“Persoalannya, siapakah yang memberi arahan kepada pasukan polis untuk memasuki dewan dan menganggu persidangan dewan? Di mana letaknya kemuliaan Dewan dengan tindakan polis itu?,” tanya Tan.

“Polis yang juga merupakan kakitangan awam tidak seharusnya campur tangan dalam persidangan Dun Perak. Akan tetapi, polis telah berkelakuan sebagai boneka BN untuk merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat dianggap perbuatan yang sungguh menjijikkan,” kata beliau.

“KeADILan Selangor juga kecewa dengan perilaku Adun BN dalam persidangan Dun yang tidak langsung mengikuti Perlembagaan, tetapi menggunakan taktik kotor untuk mencapai matlamat,” jelas Tan lagi.

Berikutan laporan polis oleh Dap Perak bahawa Adun Jelapang Yee Hik Foong menggunakan sembur pemedih mata (pepper spray) ke mata Adun Aulong Yaw Tian sehingga menyebabkan kecederaan. Kejadian itu juga telah di rakamkan dalam dalam berita Mandarin 8TV jam 8 malam semalam.

Sesungguhnya, persidangan Dun tidak dapat dijalankan secara normal dalam keadaan yang kecoh seperti ini.

“Kami menyeru agar Dun Perak dibubarkan untuk diadakan pilihanraya negeri supaya rakyat dapat memilih semula wakil rakyat mereka serta mengembalikan pentadbiran negeri kepada landasan yang betul dan sah,” katanya mengakhiri kenyataan akbbar beliau.

Tiada ulasan: