Rabu, 6 Mei 2009

Isteri Manoharan Mungkin Ambil Alih Kerusi DUN Kota Alam Shah

Editor Buletin / MSTAR ONLINE


KLANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) KOta Alam Shah, M. Manoharan mungkin merancang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan bagi memberi laluan kepada isterinya, S. Pushpaneela mengambil alih tugas secara rasmi untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat.

Banyak pihak dalaman parti telah memperkatakan tentang kemungkinan tersebut namun idea berkenaan tidak dipersetujui ramai.

"DAP akan menghormati sebarang keputusan Manoharan, tetapi bukan semua orang akan bersetuju dengan cadangan supaya kerusi berkenaan diserahkan secara automatik kepada Pushpaneela," kata seorang sumber dalaman parti yang juga merupakan pemimpin tempatan.

Dalam pada itu Pushpaneela ketika ditanya sama ada akan menjadi wakil rakyat Kota Alam Shah jika suaminya meletakkan jawatan, beliau berkata: "Saya menyerahkan perkara tersebut kepada pengundi Kota Alam Shah untuk membuat keputusan sama ada menerima saya ataupun sebalinya."

Bagaimanapun tegas beliau, keutamaannya ialah adalah untuk berjuang bagi membebaskan Manoharan daripada terus ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Penasihat Undang-Undang pertubuhan haram Hindraf itu ditahan pada 13 Disember 2007.

"Saya mahu membolehkan beliau berkhidmat secara peribadi kepada rakyat yang mengundinya sebelum ini

"Beliau telah memohon untuk menghadiri persidangan dewan, tapi telah ditolak...beliau sangat kecewa," kata Pushpaneela .

Tiada ulasan: