Jumaat, 8 Mei 2009

Demokrasi 'Heret' Speaker

Editor Buletin


Setelah 50 tahun lebih negara merdeka akhirnya kerajaan Barisan Nasional hari ini tidak mampu lagi menegakkan demokrasi di Malaysia. Malaysia sudah menjadi negara polis pada hari ini dimana, polis telah bermaharajalela, menghambat, menangkap orang ramai dan mengganggu gugat demokradi, termasuk mencabuli Dewan Undangan Negeri Perak, satu cabang Lejislatif yang dianggap suci sebelum ini

Sehingga jam 2.47 petang Speaker DUN tetap duduk diatas keruasinya walaupun mikrofon beliau telah dirampas.

Sebelumnya, kerajaan haram BN Perak telah melantik Ganesan sebagai speaker namun tidak dapat menguasai DUN Perak kerana Sivakumar masih duduk dikerusi tersebut.

Sebagaimana yang telah dirancang, polis telah menyerbu masuk dan mengheret Sivakumar keluar dari Dewan unfdangan negeri Perak

Ia terbukti dengan catatan Khalil Idham Lim Adun Titit Serong dalam Blognya;

Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orang polis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.

Tiada ulasan: