Rabu, 27 Mei 2009

Cabul: UiTM disaman keluarga siswi

Jimadie Shah Othman


Keluarga seorang pelajar wanita mengambil tindakan undang-undang terhadap Universiti Teknologi Mara (UiTM) atas dakwaan cuai susulan insiden mencabul kehormatan anak mereka bulan lalu.

Pelajar itu didakwa mengalami trauma yang serius sehingga tidak meneruskan lagi pembelajaran selepas didatangi seorang lelaki di bilik mandi asrama di kampus itu menjelang subuh, November lalu.

Dalam percubaan rogol itu, lelaki terbabit didakwa menyentuh bahagian sulit pelajar berkenaan, yang tidak didedahkan identitinya.

Tindakan saman itu difailkan di Shah Alam semalam oleh peguam PAS Hanipa Maidin, juga seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu, yang bertindak sebagai peguam pelajar berkenaan.

Tiada ulasan: