Sabtu, 16 Mei 2009

Bubar Dun Perak, Mahathir sindir BN

Roy Rasul


KUALA LUMPUR - Tun Mahathir Mohamad dilihat memberi sindiran sinis kepada Barisan Nasional (BN) apabila beliau menyatakan parti tersebut tidak perlu adakan pilihan raya semula di Perak kerana beliau percaya BN akan kalah.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, mantan Perdana Menteri berkata demikian kerana beliau yakin itu hakikatnya.

Mungkin juga katanya, yang dihubungi Harakahdaily baru-baru ini, Tun Mahathir berasakan Umno terlalu takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

"Ini kerana mereka yakin mereka tidak mungkin dapat mencapai kemenangan dan mereka sememangnya tahu 'mood' dan hati rakyat menolak BN minta Dun Perak dibubarkan," katanya.

Di Cyberjaya Khamis lalu, Tun Dr Mahathir di petik media menyarankan supaya BN mengemukakan undi tidak percaya terhadap Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jika mempunyai suara majoriti di Dun Perak.

Beliau berpendapat, BN akan kalah jika DUN dibubarkan untuk memberi laluan bagi pilihan raya baru.

Menurut Salahuddin, Tun Mahathir mungkin tidak sanggup meminta untuk dibubarkan Dun Perak tetapi isyarat yang beliau beri itu jelas yakni menjurus kepada penyelesaian yang terbaik iaitu pembubaran Dun.

Ini katanya, mungkin Tun Mahathir melihat kekusutan yang ada pada hari ini memerlukan keputusan yang perlu dibuat oleh rakyat Perak sendiri. - mks. _

Tiada ulasan: