Ahad, 17 Mei 2009

Beranikah Najib saran Dun Perak Dibubarkan? : Halik Zaman

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Razak Razak ‘cuma cakap sahaja” bahawa Barisan Nasional tidak gentar untuk mengadakan pilihanraya Dun Perak.

“Perkataan Najib mesti ada ” tapi “- nya. Kata Najib, tapi terpulang kepada Sultan Perak untuk perkenankan. Sebenarnya Najib tidak pun menyarankan Kebawah Duli Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,” kata Ketua Bahagian KeADILan Sepangar, Sabah Halik Zaman.

“Bagaimana Najib tahu Sultan Perak tidak perkenankan?,” kata beliau dlam blognya semalam

“Walau apa pun keputusan Sultan dan Mahkamah Persekutuan, yang tidak berpihak kepada aspirasi rakyat Perak, ia akan mengundang impak yang sangat buruk kepada Barisan Nasional, bila tiba masanya pilihanraya Umum ke13 nanti,” jelas Halik.

“Impaknya bukan di Negeri Perak sahaja, tetapi diseluruh Malaysia dan BN akan menerima kerugian besar,” tambah beliau.

Apa sahaja keputusan Mahkamah Persekutuan atau keputusan Sultan Perak untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, sama ada berpihak kepada Pakatan Rakyat atau berpihak kepada BN, rakyat tidak akan berpuas hati.

Rakyat Perak mahu hak mereka untuk membentuk Kerajaan, mesti dikembalikan kepada mereka dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak dan rakyat akan memilih sebuah Kerajaan dari undian rakyat Perak sendiri.

Kalau Dun Perak dibubarkan, parti politik yang kalah dalam pilihanraya Negeri yang mewakili suara minoriti sahaja yang tidak berpuas hati.

“Ini namanya “demokrasi” menghormati pilihan suara ramai iaitu suara majoriti. Kalau pilihanraya Negeri Perak diadakan, imej Najib sebagai Perdana Menteri pun tidak begitu tercalar kerana Najib mendakwa bahawa beliau adalah Perdana Menteri Rakyat, tidak kira rakyat dari pembangkang atau rakyat dari BN,” kata Halik lagi.

“Kalau perkataan itu benar, pulangkan lah kepada rakyat menyelesaikan kemelut politik di Perak, baru lah amalan demokrasi itu benar benar wujud dibawah kepimpinan Najib,” jelas beliau lagi.

“Masalahnya, berani kah Najib menyarankan Kebawah Duli Sultan Perak, membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak? Berani kah Umno / BN menghadapi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Negeri Perak nanti?, tanya beliau.

“Kalau hari ini Umno/BN takut kalah dengan Pakatan Rakyat, bagaimana nanti pilihanraya Umum ke-13 nanti? Pada ketika itu kemarahan pengundi diseluruh Malaysia sudah tidak dapat dibendung lagi, pengundi akan menjadi hakim menentukan parti politik mana kah yang bersih dari kekotoran politik yang diolah oleh manusia,” kata Halik.

Tiada ulasan: