Isnin, 25 Mei 2009

Ahmad Awang : Puasa sunat dan mogok lapar diputar belit pihak tertentu.

DRS. KHALIL IDHAM LIM


IPOH - Program Puasa Sunat yang dianjurkan oleh PAS Perak yang berkebetulan dengan Program Mogok lapar yang diadakan oleh Pakatan Rakyat telah diputar belit oleh pihak tertentu sehingga memerlukan pejelasan lebih lanjut. Demikian antara kenyataan awal yang diberikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang kepada saya semasa dihubungi sebentar tadi.

Menurut beliau apa yang dianjurkan oleh PAS Perak adalah yang dianjurkan dalam ajaran Islam iaitu pada setiap awal bulan kalender Islam kita dianjurkan puasa sunat 3 hari berturut. Berkebetulan esok adalah tepat 1 jamadal akhir dan kita berpuasa sehingga Khamis ini.

"Saya juga telah mengarahkan Ketua penerangan PAS Negeri Perak, Ust. Misbah untuk memaklumkan kepada semua kawasan mengenai program ini, dimana kemuncaknya diperingkat negeri kita adakan solat hajat mohon dibubarkan DUN ditempat yang ditentukan kemuadian sementara di peringkat kawasan dibuat di markaz PAS" Jelas beliau.

Ust. Ahmad Awang juga menjelaskan diperingkat Negeri akan disediakan juadah berbuka pada setiap hari sehingga Khamis dan beliau mengalu-alukan warga sekitar Ipoh untuk berbuka bersama-sama di Pejabat PAS Ipoh di Medan Istana Ipoh.

Selain itu beliau menafikan mogok lapar yang dianjurkan menyusahkan dan membawa mudarat yang besar kerana mereka yang terlibat masih boleh minum setiap 6 jam dan penganjur juga menyediakan doktor pakar sebagai persedian jika ada kecemasan.
Dicatat oleh

Tiada ulasan: