Khamis, 14 Mei 2009

Adun Pas nafi mahu isytihar Bebas

BERITA HARIAN ONLINE


IPOH: Kelab Penyokong Pakatan Rakyat Perak menafikan khabar angin lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas akan mengisytiharkan diri mereka sebagai Adun Bebas untuk menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai penyelesaian jangka panjang kepada kemelut politik Perak.

Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Rakyat (BBC), Khalil Idham Lim Abdullah yang juga Adun Titi Serong, berkata semua Adun Pas masih setia dalam Pakatan Rakyat dan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Katanya, berita itu sengaja diada-adakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memecahkan perpaduan di kalangan Adun Pakatan Rakyat.

"Saya sebagai Pengerusi BBC tidak tahu mengenai khabar angin ini dan memang tidak wujud ura-ura Adun Pas nak mengisytihar diri sebagai Adun Bebas.

"Ada enam Adun Pas sekarang. Mengapa dakwaan ini mengatakan lima Adun saja. Kami satu kepala. Kalau kami nak jadi bebas, keenam-enam jadi bebas.

"Jadi, saya menafikan sekeras-kerasnya berita palsu ini," katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi di sini, semalam.

Tiada ulasan: