Ahad, 17 Mei 2009

8,451 disahkan positif influenza A - WHO

AFP


GENEVA - Jangkitan virus influenza A (H1N1) kini meningkat kepada 8,451 kes setelah merekodkan hampir 1,000 kes baru dalam tempoh 24 jam, demikian laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam.

Menurut WHO, jumlah korban influenza A (H1N1) meningkat kepada 72 berbanding 65 kes kelmarin.

Amerika Syarikat (AS) terus merekodkan kes-kes baru tertinggi berbanding Mexico yang mula melaporkan kes pertama pada pertengahan April.

Ecuador dan Peru ialah dua negara baru yang disahkan positif mempunyai kes influenza A (H1N1), kata WHO.

Agensi itu menjelaskan, data tersebut dikumpul berdasarkan keputusan positif ujian makmal. Justeru, ia tidak melaporkan kes-kes baru seperti di India, Turki dan Malaysia.

Tiada ulasan: