Selasa, 12 Mei 2009

13 Ahli MPKj tinggalkan bilik mesyuarat khas

SINAR HARIAN ONLINE


KAJANG – Seramai 13 Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak keluar dari bilik mesyuarat khas yang diadakan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati atas sikap Yang Dipertua MPKj yang didakwa tidak telus.

Keadaan menjadi kecoh apabila salah seorang Ahi MPKj, Chandra Mohan ST bertindak berdiri untuk keluar apabila YDP MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman menolak cadangan untuk mengundi bagi membuat satu keputusan dalam mesyuarat itu.

Tindakan Chandra disokong 12 ahli majlis lain yang turut hadir malah tindakan mereka itu adalah disebabkan tidak berpuas hati dengan sikap YDP dan ketua unit Undang-undang kerana tidak memaklumkan bahawa mereka telah mendapat surat balasan daripada Penasihat Undang-undang Negeri Selangor pada Februari lalu.

“Surat pertanyaan telah dipanjangkan kepada Penasihat Undang-undang pada 1 Disember tahun lalu dan MPKj telah menerima surat jawapan pada 12 Februari lalu tetapi tidak memaklumkannya kepada Ahli Majlis.

“YDP sekali lagi telah menafikan hak kami sebagai ahli majlis apabila cadangan membuat undi ditolak berikutan ia telah menjadi amalan di mana undian boleh dibuat bagi menentukan sesuatu keputusan dalam mesyuarat,” katanya kepada Sinar Harian dalam sidang media yang diadakan di tingkat tujuh Menara MPKj, semalam.

Tiada ulasan: