Ahad, 31 Mei 2009

Kerajaan negeri perkenal dasar u_wisel

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengetengahkan satu dasar baru pencapaian internet di Selangor yang dipanggil ‘u_wisel’ dalam usaha membolehkan rakyat di negeri ini sama ada di bandar atau luar bandar mengakses internet.

Dalam masa yang sama, bagi menjayakan dasar berkenaan, kerajaan negeri memperkenalkan satu teknologi baru dinamakan ‘Hybrid Wireless Infrastructure Network’ (Hywin) yang menggabungkan teknologi wifi dan wimax.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, projek berkenaan melibatkan pelaburan bernilai RM2 bilion dan pihaknya menjangkakan kemudahan mengakses internet di seluruh Selangor dapat direalisasikan dalam tempoh lima tahun lagi.

”Konsepnya adalah ‘you are connected in Selangor’, kita mahu Selangor ‘to be connected’ dengan dua cara iaitu dengan cara ‘wires’ ataupun gentian fiber dan juga dengan tanpa wayar.

”Sesiapa yang ingin terlibat dalam memberikan servis ini mesti menepati empat dasar utama iaitu kita akan lihat dari segi kebolehan lipu-tan (kawasan bandar dan juga luar bandar), kedua, dari sudut kualiti bermakna jika beri satu megabait (kapasiti kelajuan) tidak akan berkurangan sekiranya ramai yang mengakses,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Mingguan Exco di sini.

Menurutnya, pihaknya juga mahu pembekal yang berminat mengekalkan program berkenaan dalam jangka panjang dan mengambil kira pencemaran pemandangan dan radiasi terhadap penduduk yang terlibat.

Katanya, program berkenaan juga perlulah mempunyai impak ekonomi kepada rakyat dengan cara memberi kebebasan kepada mereka untuk memilih pili-han bayaran harga yang berbeza serendah RM30 sebulan untuk mengakses internet.

”Kita jangka dengan teknologi yang baru ini, Selangor ‘will be connected’ dengan lebih baik dan meluas, dan diharap dalam masa dua hingga lima tahun ini tidak akan ada ‘blind spot’,” katanya.

Menurutnya, bagi meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan rakyat negeri ini yang kini hanya 20 peratus kepada 100 peratus, sebagai langkah awal, projek berkenaan akan dibangunkan di Shah Alam terlebih dahulu.

Katanya, buat masa ini hanya sebuah syarikat yang dikenal pasti dapat membekalkan teknologi berkenaan dan menepati empat dasar yang diperlukan kerajaan negeri iaitu Prosontech Sdn Bhd.

Sementara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek berkenaan terbuka kepada semua pembekal sama ada di dalam atau di luar negara bagi mewujudkan budaya kompetitif.

”Ia adalah terbuka (kepada mana-mana pembekal), ideanya adalah untuk mewujudkan satu standard. Pelaburan RM2 bilion adalah daripada pembekal, kita mahu mereka menjadi sangat kompetitif.

”Kita akan maklumkan kepada mereka di mana kawasan yang perlu dibangunkan, maknanya kerajaan negeri akan menyediakan semua info dan oleh itu, mereka boleh bersedia dengan pelaburan mereka. Ia (tawaran menjadi pembekal) dibuka mulai sekarang (kelmarin),” katanya.

Najib Lebih Pentingkan Diri Sendiri Daripada Ahli Umno Penanti

TV ANTARA


Ramalan Timbalan Pengerusi Umno Pulau Pinang, Zainal Abidin Osman bahawa kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding tidak mengejutkan.

Ini berdasarkan beberapa faktor yang berlaku kebelakangan ini yang menyebabkan populariti Umno dan Barisan Nasional semakin merosot di peti undi terutamanya dikalangan ahli Umno dan penyokong BN sendiri.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin keputusan Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Najib Razak telah menghampakan ahli Umno dalam kawasan Penanti khususnya dan Pulau Pinang amnya.

"Keputusan tidak bertanding di Penanti bukan keputusan Umno atau BN. Ia keputusan Najib sendiri yang takut kalah sekali lagi dalam pilihan raya kecil.

"Daripada laporan media yang kita baca sememangnya Umno Pulau Pinang, Umno Permatang Pauh dan Umno Penanti sudah siap sedia untuk bertanding malah ada yang sudah "pasang" badan hendak bertanding.

"Ahli-ahli Umno Penanti telah dikecewakan dan semangat juang mereka telah dilemahkan oleh presiden mereka sendiri," kata beliau di rancangan Kanta Media terbitan TV Antara Khamis lalu.

Badrul atau Chegu Bard berkata keputusan Najib tersebut dilihat lebih kepada mempertahankan kepentingan peribadi beliau dan bukannya berdasarkan kepada perjuangan politik.

Sementara dalam komen beliau semalam, Zainal Abidin berkata ramai ahli Umno tidak mahu keluar mengundi esok kerana kononnya tidak mahu mengkhianati parti.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti. Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," kata bekas timbalan menteri itu.

Kata beliau lagi, tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan rasa sombong PKR yang didakwanya mengambil mudah terhadap pengundi.

Hakikatnya menurut penganalisa politik Umno dan BN sudah tidak lagi menjadi parti pilihan rakyat.

Ini kerana tindakan Umno dan BN yang mencetuskan kemelut politik di negeri Perak serta pengalaman pahit yang dilalui rakyat berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan pemimpin Umno dan BN telah mengasingkan penyokong mereka sendiri.

Umpamanya semasa pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang April lalu fenomena yang sama berlaku di mana ramai ahli dan penyokong Umno dan BN memilih untuk keluar mengundi kerana sudak "muak" dan "benci" dengan perangai pemimpin mereka yang bergelumang dengan amalan rasuah dan korup.

Faktor ini antara lain yang menyumbang kepada peningkatan majoriti undi yang diperolehi oleh calon Pakatan Rakyat, Mohammad Nizar Jamluddin.

Malah tidak terkejut jika keadaan yang sama berlaku. Ahli Umno yang keluar mengundi tidak keberatan untuk memberi undi mereka kepada calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman.

Penyakit "Dua" Presiden Serang PPP Angkara Umno

TV ANTARA


Kemelut politik yang melanda Parti Progresif Penduduk (PPP) dijangka bertambah kusut apabila M. Kayveas menang tanpa bertanding jawatan Presiden untuk penggal lima tahun bagi kali keempat.

PPP kini diserang penyakit "dua" seperti Perak yang mempunyai dua Menteri Besar dan dua Speaker.

Selain Kayveas, seorang lagi yang mengisytiharkan diri beliau presiden parti ialah Senator T. Murugiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

PPP sebelum itu memecat Murugiah 16 Mei lalu dan beliau diberi masa sehingga tengah malam ini untuk mengemukakan rayuan supaya diterima semula ke dalam parti.

Kayveas dalam ucapan kemenangannya 99.9 peratus daripada sejumlah 500,000 anggota berdiri teguh di belakangnya dan hanya "segelintir 0.1 peratus" sahaja yang menimbulkan masalah.

Yang dimaksudkan dengan segelintir ahli ialah Murugiah dan penyokong beliau.

"PPP adalah kukuh dan akan menjadi bertambah kukuh dalam tahun-tahun mendatang serta berupaya mengatasi segala cabaran," katanya kepada penyokong.

Murugiah mengisytiharkan dirinya "presiden baru PPP" berikutan mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan Ahad lalu di Putrajaya,.

Tindakan beliau itu dikutuk oleh Kayveas yang meminta Murugiah "memeriksa kepalanya di Tanjung Rambutan".Pendaftar Pertubuhan (ROS) hanya mengiktiraf Kayveas sebagai presiden yang sah sementara menunggu siasatan berhubung dakwaan ketidakpatuhan terhadap peraturan dan undang-undang parti.

"Kami melakukan persediaan supaya pejabat dibuka sehingga tempoh itu untuk beliau mengemukakan rayuan," kata Kayveas.

"Saya beri jaminan kepada beliau bahawa parti akan menimbangkan rayuannya dengan adil. Bagaimanapun, sekiranya beliau gagal merayu menjelang tempoh akhir itu, beliau dianggap sebagai telah pun dipecat," katanya.

Kayveas turut mengumumkan kepada penyokong yang berhimpun itu bahawa Pejabat Perdana Menteri telah pun mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan merasmikan perhimpunan agung PPP pada 7 Jun.

Murugiah berkata beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri siapa yang layak menjadi Presiden PPP.

42 Penduduk Taman Permint Makmur Sertai PAS

Wartawan Buletin


KUALA NERUS - Seramai 42 orang penduduk sekitar Taman Permint Makmur, Wakaf Tembesu telah menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai PAS.

Ketua Cawangan PAS Taman Permint Makmur, Wan Halim Wan Endut telah menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan al-Tantawi, dalam majlis penerangan yang diadakan disini semalam.

Beliau yang ditemui Buletinonline bersyukur kerana keahlian cawangannya kini telah bertambah menjadi 107 orang.

“Cawangan ini mula ditubuhkan pada tahun 2001, dengan ahli seramai 25 orang, sekarang sudah meningkat kepada 65 orang,

“dengan kemasukan ahli baru ini, seramai 42 orang, keahlian cawangan akan bertambah menjadi 107 orang,”ujarnya.

Beliau berkata, majlis ceramah penerangan semalam adalah penutup kepada hari aktiviti cawangan tersebut yang menganjurkan gotong royong membersihkan kawasan tanah perkuburan serta persekitaran.

“Selain itu, kita menghulurkan bantuan barangan dapur kepada keluarga yang kurang bernasib baik,”tambahnya.

Majlis penerangan turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawsan Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah, selain penceramah jemputan, ADUN Wakaf Baru Che Abdullah Mat Nawi dan Ustaz Nasruddin Hassan.

Najib Cuba Tutup Mulut Rakyat Bicara Pasal Altantuya

TV ANTARA


Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin yang disoalsiasat polis selama tiga jam selama berhubung ceramah beliau di Penanti yang menyentuh mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu berkata isu tersebut mempunyai kepentingan awam dan harus diterangkan sejelas-jelasnya kepada rakyat.

Ketika ditemubual oleh TV Antara beliau hairan mengapa perlu kerajaan Umno dan Barisan Nasional memandang serius perihal beliau membangkitkan isu pembunuhan kejam Altantuya semasa berkempen di pilihan raya Penanti.

Semalam Chegu Bard hadir di ibupejabat polis daerah (IPD) Seberang Perai Tengah kira-kira jam 3.30 petang bagi membantu siasatan selepas polis menerima laporan dari ejen-ejen Cawangan Khas yang memantau aktiviti ceramah pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau yang lantang menyuarakan isu-isu rakyat berkata isu Altantuya adalah isu nasional kerana ia membabitkan nama baik dan maruah Perdana Menteri Malaysia.

Chegu Bard dalam ceramahnya mencabar Najib supaya menyaman akhbar dan media luar negara yang melaporkan pembabitannya dalam kes pembunuhan kejam ini dan jangan hanya berani bertindak terhadap media tempatan.

Beliau didakwa melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

Sebelum itu sekitar jam 2.30 petang semalam, sekumpulan anggota polis telah pergi ke rumah Badrul di Bangi dan Seremban.

Polis juga telah menyampaikan amaran pada jam 7 malam kelmarin supaya beliau tampil ke IPD Seberang Perai Tengah.

Selain Badrul, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang turut disoal-siasat polis atas dakwaan yang sama.

Kit Siang disiasat berhubung ucapan beliau yang mengatakan Najib bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa di Perak.

Polis tiba di kediaman beliau di Pulau Glade, Pulau Pinang jam 11.30 pagi tadi untuk mengambil keterangan.

Sementara itu Pengarah Strategik, Tian Chua berkata terdapat kecenderungan di pihak polis untuk menekan dan menahan pemimpin Pakatan Rakyat kebelakangan ini terutamanya semasa kempen pilihan raya kecil Penanti.

SPR Tekan Pakatan Rakyat, Tukar Peraturan Saat Akhir

TV ANTARA


Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Dewan Undangan Negeri N12 Penanti keluar membuang undi Suruhanjaya Pilihan Raya sekali lagi mengeluarkan arahan aneh dan pelik yang dilihat hanya untuk berlaku tidak adil terhadap Pakatan Rakyat.

Apabila segala persiapan telah dibuat alam bentuk tempahan khemah untuk mendirikan pondok semakan daftar pemilih, SPR mengarahkan hanya khemah bersaiz 8 x 8 kaki sahaja boleh digunakan.

Lebih membingungkan SPR juga menarik balik peraturan supaya setiap kenderaan yang mengangkut pengundi ke pusat pembuangan undi tidak perlu lagi mengguna pelekat logo SPR.

Persoalan spontan yang timbul dalam fikirasn rakyat apakah tindakan terbaru SPR ini seolah-olah mahu menggalakkan gejala undi hantu semasa pilihan raya kecil Penanti esok ?

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution Ismail kesal dengan sikap SPR yang gagal mematuhi ketetapan yang dibuatnya sendiri sambil mengkritik tindakan badan itu yang mengubah peraturan sewenang-wenangnya tanpa pemberitahuan melalui surat rasmi dan hanya menyampaikan arahan baru secara lisan melalui panggilan telefon.

"Pakatan Rakyat tidak mempunyai pilihan melainkan meneruskan persiapan yang telah dirancang sepertimana yang dipersetujui dalam mesyuarat bersama SPR sebelum ini. Malah khemah telahpun di tempah dan bayaran telah dibuat bagi tujuan tersebut," tegas beliau pada sidang akhbar harian Pakatan Rakyat di Yayasan Aman, Penanti.

Ahli Parlimen Machang itu juga berkata Pakatan Rakyat tetap akur dengan ketetapan bahawa pondok atau barong semakan daftar pemilih hanya boleh didirikan 50 meter radius dari pusat pengundian.

Mengulas mengenai peraturan baru berkenaan pelekat kenderaan Saifuddin berkata SPR juga tidak membenarkan kenderaan membawa pengundi menggunakan pelekat atau bendera parti. Peraturan ini juga disampaikan secara lisan tanpa notis hitam putih kepada Pakatan Rakyat.

Berhubung perkara yang sama, Pengarah Strategik PKR Tian Chua berkata tindakan SPR ini menimbulkan seribu satu spekulasi dan pandangan negatif.

Ketua Penerangan Latheefa Koya pula berkata SPR harus bersikap lebih profesional dan bukan membatal atau menarik-balik apa-apa ketetapan dengan begitu mudah sekali.

Ringgit diramal tidak menentu minggu depan

MALAYSIA KINI


Urusniaga ringgit diramalkan bergerak dalam keadaan tidak menentu minggu depan dengan para pelabur bimbang akan ancaman yang mungkin tercetus dari ujian nuklear Korea Utara dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lemah pada suku pertama tahun ini, kata para peniaga.

Mereka berkata yang para pelabur risau yang ujian senjata nuklear oleh Korea Utara boleh memberi kesan kepada pelaburan di rantau Asia, lapor Bernama.

"Sebarang ketegangan geo-politik akan memacu minat untuk dolar AS yang dianggap sebagai mata wang yang selamat dalam tempoh-tempoh krisis ekonomi dan politik, " kata seorang peniaga.

Ringgit bergerak tidak menentu berbanding dolar AS dalam minggu urusniaga dengan petunjuk pemulihan ekonomi global menerusi lonjakan besar di kalangan keyakinan pengguna Amerika dan pengumuman tiadanya perubahan dalam kadar faedah Malaysia telah membantu merangsangkan mata wang tempatan.

Bagaimanapun, berita mengenai penguncupan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku pertama tahun ini menjejaskan mata wang tempatan dengan ringgit menyusut pada hari Khamis selepas meraih keuntungan sebelum ini.

KDNK Malaysia turun 6.2 peratus pada suku pertama 2009, kejatuhan tempoh sukuan paling besar sejak krisis kewangan Asia 1997-98.

Pada hari Jumaat, ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dengan mata wang tempatan memperolehi momentum selepas kerugian awal dengan kelemahan dolar AS atas harapan yang krisis ekon
Ringgit lebih rendah pada 3.4940/4990 pada Jumaat minggu ini daripada 3.4900/4950 Jumaat lepas.

Ringgit juga turun berbanding dolar Singapura kepada 2.4158/4226 daripada 2.4112/4168 Jumaat lepas.

Berbanding yen, ringgit mengukuh pada 3.6241/6308 daripada 3.7072/7130 Jumaat lalu sementara berbanding pound Britain, ringgit merosot kepada 5.6187/6285 daripada 5.5173/6259 Jumaat lalu.

Ringgit lega berbanding euro pada 4.9010/9091 minggu ini daripada 4.8686/8769 Jumaat sebelumnya.

Anwar : BN Jerumuskan Malaysia Ke Status Negara Samseng

TV ANTARA


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim berkata kebobrokan, pencabulan kedaulatan undang-undang dan penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran Barisan Nasional telah menurunkan imej dan status Malaysia kepada status negara samseng.

Justeru itu keperluan negara ditadbir oleh barisan pimpinan yang baru dengan bersifat peka, celik undang-undang dan sensitif rakyat amat mendesak.

Anwar menegaskan dalam usaha negara memacu pertumbuhan ekonomi dan mengejar status negara maju ia tidak sama sekali boleh mengabaikan kedaulatan undang-undang dan hak semua warganegara.

Semasa berucap pada majlis makan malam anjuran DAP di Dewan Moral Uplifting, Berapit, Permatang Pauh semalam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga berkata gelita politik negara ini mendesak barisan kepimpinan sedia ada diganti dengan barisan pemimpin baru yang berwibawa, peka kepada hak dan aspirasi rakyat serta mempunyai kualiti amanah, tawadhu serta berwawasan.

“Kalau orang melayu dan pemimpin melayu mahu dihormati oleh semua kaum di negara ini, pemimpin itu harus bersikap adil dan saksama dan tidak boleh tindas rakyat. Hari ini, tanah dicuri, balak dicuri, saham dicuri sehinggakan negeri yang kaya bertukar miskin,” kata Anwar.

Jelas Anwar kepada lebih 1,000 penyokong Pakatan Rakyat, wabak penyelewengan Umno dan BN sudah sampai ke tahap terlalu parah dan telah menular kepada semua pemimpin dari semua kaum di negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang merayu rakyat untuk memberi mesej dan tanda yang jelas dan tegas kepada pemimpin Umno dan BN hari ini bahawa barisan pemimpin yang baru akan bakal menyusul tidak lama lagi.

“Menteri melayu pun curi, menteri cina pun sama juga. Bila diberi undi, dia mahu buat duit pula. Kita harus beritahu kepada pemimpin-pemimpin yang mahu buat duit, suruh dia pergi berniaga. Jangan salahguna kuasa Menteri untuk cari duit,” ujar beliau lagi.

Menyentuh isu rampasan kuasa di Perak, Anwar berkata media arus perdana milik Umno dan BN memainkan api sentimen perkauman berhubung pemberian tanah kepada pekebun-pekebun Cina.

Hakikatnya Pakatan Rakyat memberi tanah kepada semua orang miskin tidak mengira kaum, berbanding BN yang telah menyerahkan pulau atau gunung dan tanah rakyat kepada kroni dan golongan korporat kaya.

“Saya tanya kepada orang Melayu di sebuah ceramah baru-baru ini,saya tanya apakah salah bagi tanah kepada pekebun-pekebun Cina yang telah berkebun 40-50 tahun? Orang Melayu kata tidak salah. Saya kata kalau Pakatan Rakyat pimpin, kita akan jaga dan bagi tanah kepada semua Melayu miskin, Cina miskin, India miskin, semua orang miskin,” katanya lagi.

Sambil berkongsi pengalaman beliau dalam politik dan kerajaan beliau menekankan seseorang pemimpin itu harus mempunyai ciri-ciri ketokohan seperti berani untuk memberi pendapat dan mampu untuk menarik sokongan semua kaum.

“You mahu jadi pemimpin Cina, Melayu, India atau Dayak, kita pertama sekali harus ada sokongan rakyat, dan kedua harus ada keberanian. Kalau mahu jadi tukang angguk, lebih baik jadi penghulu,” tambah beliau lagi.

PPP - satu parti, dua presiden

Tarani Palani


Krisis kepimpinan Parti Progresif Penduduk (PPP) semakin parah apabila M Kayveas dan T Murugiah masing-masing disahkan sebagai sebagai presiden parti itu hari ini.

Di ibupejabat PPP di Kampung Atap, Kayveas diisytiharkan kekal sebagai presiden parti itu tanpa bertanding.

Beliau diisytiharkan menang pada hari terakhir pencalonan untuk jawatan tertinggi parti itu, menjelang pemilihan parti itu pada 7 Jun depan.

Dan pada masa yang di Sentul, Murugiah mempengerusikan mesyuarat pertama majlis tertinggi di mana beliau disahkan sebagai presiden baru PPP.

Mesyuarat pertama itu dihadiri oleh 35 anggota MT yang dipilih dalam mesyuarat tergempar parti yang diadakan Ahad lalu.

Perebutan jawatan presiden itu berlaku selepas Murugiah dan enam lagi pemimpin PPP yang menyokongnnya, dipecat dari parti itu seminggu lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Kayveas berkata pencalonan untuk pertandingan jawatan parti telah difailkan hari ini dan pemilihan akan diadakan pada 7 Jun.

Terdapat sembilan pencalonan bagi merebut tiga jawatan naib presiden manakala 29 pencalonan diterima untuk mengisi 25 kerusi jawatankuasa pusat.

Manakala Murugiah yang juga timbalan menteri di jabatan perdana menteri pula mendakwa, beliau memimpin parti itu ekoran kira-kira 50,000 ahli baru menyokong kepimpinannya.

"Saya menerima banyak panggilan telefon daripada ahli-ahl baru serta ahli sebelum ini yang mahu kembali menyertai parti itu.

"Di Johor sahaja, terdapat 15,000 ahli baru. Saya memang sukar mendapat sokongan di Johor tetapi 14 daripada 19 cawangan telah menyatakan sokongan kepada saya sebagai presiden parti," katanya.

Apabila diminta menjelaskan mengenai cawangan-cawangan berkenaan, Murugiah bagaimanapun berkata, ianya belum lagi diwujudkan tetapi ia akan dilakukan "segera, berkuatkuasa hari ini".

Murugiah juga mengumumkan bahawa yuran keahlian sebanyak RM3 dan yuran kemasukan bagi 100,000 ahli akan dikecualikan.

Katanya, beliau juga akan berusaha menarik sokongan pengundi muda untuk mengembalikan keyakinan terhadap BN supaya ia dapat menang besar dalam pilihanraya umum akan datang.

Lim Beri Keterangan, Gobala Pula Di Panggil Polis

TV ANTARA


Seorang lagi pemimpin Pakatan rakyat hari ini disoalsiasat berhubung isu yang disentuh dalam ceramah semasa kempen pilihan raya Penanti.

Ahli Parlimen Pdang Serai, N. Gobalakrishnan telah dipanggil oleh polis ke Ibupejabat Kontinjen Polis (IPK) Bukit Mertajam berhubung dakwaan mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri Najib Razak semasa berceramah bersama calon Pakatan Rakyat, Mansor Othman Rabu lalu.

Beliau diminta hadir ke IPK Bukit Mertajam pukul 3 petang hari ini.

Sebelum itu pada pukul 11.30 pagi tadi polis telah mengambil keterangan daripada Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang di rumah beliau di Pulau Pinang berkenaan laporan polis terhadap beliau atas dakwaan "menghasut dan menfitnah" Najib.

Menurut Cif Inspektor Pang Meng Tuck laporan terhadap Kit Siang adalah mengenai ceramah yang disampaikan beliau di Guar Perahu pada 24 Mei lalu.

“Dalam ucapan saya, saya menyalahkan Najib berhubung rampasan kuasa dan merobekkan kredibiliti institusi negara satu demi satu,” kata Lim.

Lim juga bercakap kepada umum mengenai institusi polis, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang disalahgunakan untuk kepentingan agenda politik Najib.

"Bercakap benar telah menjadi satu kesalahan di bawah hasutan dan fitnah. Kegelitaan telah menutupi Malaysia. Rakyat Malaysia tidak boleh ditakut-takutkan,” kata beliau selepas memberi keterangan selama 30 minit kepada polis.

Lim ditemani anaknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan, Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh.

Sabtu, 30 Mei 2009

Bagaimana Dalam Zaman Canggih ICT, Mufti dan bekas Mufti tidak dapat maklumat yang betul?

Editor Buletin

Kenyataan kedua-dua mereka terhadap isu mogok lapar adalah kerana maklumat yang disampaikan kepada mereka tidak betul dan tepat. Keputusan mogok lapar adalah cadangan DAP yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, tetapi mogok lapar hanya kepada orang-orang bukan Islam yang ingin menyertainya.

Manakala PAS dan PKR pula menganjurkan Puasa Sunat & Solat Hajat untuk orang-orang Islam, Pakatan Rakyat juga menyetujui cadangan tersebut.

Mogok Lapar yang dianjurkan tidaklah sampai ke peringkat membawa mudarat, mereka masih boleh minum setiap 5 - 6 jam, yang tidak mampu meneruskan lapar boleh diganti oleh orang lain pada hari berikutnya.

Pasukan perubatan pula ditugaskan untuk bersedia memberi bantuan kecemasan.

Tujuan Mogok Lapar adalah sebagai tanda protes terhadap pencabulan demokrasi dan isyarat rakyat memohon perkenan Tuanku supaya DUN dibubarkan.

Mogok Lapar hanya diadakan tiga hari berturut, samada tuntutan dipenuhi atau tidak mogok lapar akan berakhir selepas tempoh yang dianjurkan.

Manakala Puasa Sunat & Sunat Hajat dianjurkan kepada yang Islam, mereka boleh berpuasa sunat hari-hari tersebut tetapi berbuka bila tiba waktu berbuka.

Sebelah malamnya menunaikan Solat Hajat. Kebetulan Puasa Sunat diadakan pada hari-hari yang disunatkan puasa, iaitu pada 1 - 3 Jamadilakhir, dan boleh dikerjakan setiap masa.

Tujuan Puasa Sunat dan Solat Hajat adalah sebagai pengaduan dan doa kepada Allah swt. supaya perjuangan Pakatan Rakyat diberi kemenangan oleh Allah swt.

Amalan puasa masih boleh diteruskan pada hari-hari lain yang sunat berpuasa.

Mogok Lapar disertai oleh bukan Islam sebagai tanda protes pencabulan demokrasi dan menuntut DUN dibubarkan.

Puasa Sunat dikerjakan oleh orang Islam sebagai satu jalan memohon pertolonngan Allah swt. supaya memberi kemenangan kepada perjuangan rakyat yang menuntut DUN dibubarkan.

Saya percaya maklumat ini tidak sampai kepada Mufti Perak yang berada di Tanah Suci dan juga bekas Mufti Perlis yang kini berada di London.

Sepatutnya sebagai golongan agama, kedua-dua mereka mendapat maklumat terlebih dahulu dari sumber yang sebenar iaitu penganjur sebelum buat kenyataan.

Sedangkan dalam al Quran diajar kepada orang-orang yang beriman supaya menyelidiki terlebih dahulu setiap berita yang dikhabarkan kepada mereka lebih-lebih lagi berita dari orang-orang fasik.

Adalah sangat tidak adil, seorang yang bergelar ulama memberi pandangan hanya berdasarkan sumber dari sebelah pihak sahaja, yang akibatnya pandangan yang diberikan tidak betul.

Misbahul Munir Hj Masduki
Ketua Penerangan PAS Perak.

Penanti Adalah Kerja Kotor BN!

SM Noor


KUALA NERUS – Pendirian pimpinan dan tokoh-tokoh PAS telah memberi keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS merupakan parti yang teguh dalam menegakkan keadilan untuk rakyat.

“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PAS begitu teguh mempertahankan kerajaan walaupun memiliki majoriti satu kerusi,

“Ini memberikan keyakinan kepada bukan Islam bahawa PAS dan pimpinan PAS adalah merupakan mereka yang teguh dalam perjuangan ini,”kata Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi. (Gambar kiri)

Oleh kerana itu, sokongan yang padu telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi,

“Kalau pilihanraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi Perdana Menteri Malaysia,”katanya yang berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, disini semalam.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan berkata pilihanraya kecil DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

Setelah kalah di lima negeri dalam pilihanraya umum lalu, katanya, UMNO dan BN mengadakan berbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat secara tidak demokratik.

Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

“Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah,”ujarnya

Hasrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

“Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

“tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan,”jelasnya.

Najib Elak Jawab Isu PKFZ : Najib takut beri kenyataan, tolak pada Ong Tee Keat

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi Umno tengahari tadi mengelak daripada menjawab soalan media mengenai skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Skandal yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional.

Bagi mengalihkan pandangan rakyat Najib berkata, semua penjelasan mengenai perkara tersebut hendaklah dibuat oleh Menteri Pengangkutan Ong Kee Keat.

Berhubung pilihanraya kecil Manik Urai Najib mengumumkan pelantikan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai pengarah jentera pilihan raya sementara timbalan presiden, Muhyiddin Yassin akan menjadi penyelaras pada peringkat pusat.

Beliau juga berkata satu perhimpunan khas Umno akan diadakan dari 13 hingga 16 Oktober depan dan juga mengumumkan parti telah menerima semula keahlian mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, isteri beliau, Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dan anaknya, Mokhzani.

Mesyuarat itu diadakan di ibu pejabat parti di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pukul 3.30 petang semalam.

Tragedi runtuhan: Mayat akhir ditemui, operasi mencari dihentikan

mstar online


PETALING JAYA: Mayat ketujuh dan dipercayai yang terakhir dalam tagedi bangunan runtuh di Seksyen 14 di sini ditemui kira-kira pukul 4 petang ini, menjadikan jumlah korban akibat kejadian itu kepada tujuh orang semuanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat tanpa kepala itu ditemui kirakira lima meter dari kawasan penemuan mayat kelima dan mayat keenam.

"Mayat tanpa identiti itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata bedah siasat terhadap mayat itu akan dilakukan esok dan keputusannya dijangka diketahui secepat mungkin.

Ujian DNA akan turut dilakukan oleh PPUM bagi mengenali identiti mangsa dan pihak hospital akan berhubung dengan kedutaan Indonesia mengenai perkara itu, katanya.

Arjunaidi berkata operasi mencari dan menyelamat turut dihentikan pada pukul 5 petang ini bagi memberi laluan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan agensi berkaitan menjalankan siasatan.

"Pihak MBPJ akan melakukan kerjakerja penyiasatan dan pembersihan di kawasan itu," katanya.

Selain itu Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram) juga akan menyiasat struktur bangunan itu sehingga hari Jumaat sebelum laporan penuh siasatan itu dihantar kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata penghuni 12 buah rumah berdekatan diarah berpindah sementara kerana pakar menjangka bangunan yang terbabit dalam kejadian itu menghadapi risiko akan runtuh bilabila masa dan boleh membahayakan bangunan dan penduduk di sekitar kawasan itu. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

Tragedi runtuhan: 2 lagi mayat ditemui, korban cecah 6

PETALING JAYA: Dua lagi mayat yang ditemui tengah hari ini dikeluarkan dari kawasan tragedi runtuhan bangunan yang menempatkan Jaya Supermarket di sini, menjadikan jumlah korban kepada enam orang setakat ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat-mayat itu ditemui berdekatan antara satu sama lain di bawah timbunan konkrit.

"Mayat pertama merupakan sebahagian tulang belakang dengan daging manusia ditemui pada pukul 12 tengah hari, manakala satu lagi mayat sempurna ditemui pada pukul 12.50 tengah hari," katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, sebahagian tulang belakang berdaging yang ditemui itu belum dapat dikenalpasti indentitinya, manakala mayat yang cukup sifat itu dikenali sebagai Hadi, 30.

Arjunaidi berkata, cebisan mayat yang belum dikenalpasti itu perlu dianalisis oleh Jabatan Forensik untuk mengenal pasti indentitinya.

Katanya, tiada sebarang dokumen ditemui pada mayat Hadi, tetapi berdasarkan maklumat daripada saudara mangsa, ia merupakan mayat Hadi.

Beliau berkata, pihaknya sedang berusaha mengeluarkan satu lagi mangsa yang tertimbus dan tumpuan diberikan di kawasan berhampiran dengan keduadua mayat yang ditemui hari ini.

Semalam dua mayat iaitu Muhd Maskur, 31, dan Anwaruddin, 38, ditemui pada pukul 3.30 pagi dan 4.07 petang, manakala mayat Alsuki, 53, dan satu lagi mayat yang tidak dikenali ditemui pada hari kejadian, Khamis lepas. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Dua lagi mayat ditemui antara runtuhan konkrit di bangunan Jaya Supermarket di Petaling Jaya tengah hari ini menjadikan bilangan yang terbunuh dalam tragedi itu kepada enam orang setakat ini.

BERITA TERDAHULU

Tragedi runtuhan: Mayat ke-5 ditemui hari ini

PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat telah mengesan satu lagi mayat daripada runtuhan bangunan Jaya Supermarket hari hari ini, menjadikan jumlah yang terbunuh lima orang setakat ini.

Mayat mangsa dipercayai seorang pekerja Indonesia telah dikeluarkan kira-kira 1.05 tengah hari tadi.

Dua lagi mangsa masih terperangkap dalam runtuhan itu.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian runtuhan pusat membeli-belah Jaya Supermarket di sini terpaksa dihentikan kira-kira enam jam sejak awal pagi tadi kerana hujan lebat dan angin kencang.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata operasi disambung kira-kira pukul 9 pagi ini selepas hujan berhenti bagi mengesan mangsa yang masih tertimbus dalam timbunan konkrit.

"Tumpuan sekarang di bahagian tengah dan bawah bangunan yang ditimbuni lima lapisan lantai konkrit," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan memakan masa yang agak lama kerana lapisan lantai konkrit itu perlu ditebuk.

Katanya, kerja-kerja perlu dijalankan dengan berhati-hati supaya lapisan atas runtuhan tidak mengalami gegaran yang boleh mendatangkan risiko kepada anggota penyelamat.

"Gegaran semasa kerjakerja ini dijalankan agak minimum supaya tidak akan memberi kesan kepada struktur bangunan sekitar," katanya.

Arjunaidi berkata, satu perbincangan bersama agensi-agensi berkaitan telah diadakan bagi membantu pasukan penyelamat daripada segi penilaian berhubung tahap dan risiko bangunan yang belum runtuh itu.

Setakat ini, empat buruh warga warga Indonesia disahkan terbunuh manakala tiga lagi dikhuatiri tertimbus apabila bangunan pusat belibelah setinggi enam tingkat di Seksyen 14 di sini runtuh dua hari lepas.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4.45 petang ketika terdapat seramai 20 hingga 30 pekerja asing sedang menjalankan kerja-kerja persediaan sebelum merobohkan satu daripada blok bangunan itu.

Kayveas: Saya tak gila kuasa

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


KUALA LUMPUR: Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas berkata, beliau tidak gila kuasa sehingga mahu terus mempertahankan jawatannya dalam parti itu.

Sebaliknya kata beliau, kumpulan pro-T. Murugiah sebagai kumpulan yang suka mencari publisiti dengan memburukkan peribadinya.

"Dalam Perlembagaan PPP, jika seseorang itu terlibat kes-kes jenayah sahaja baru dia tidak boleh jadi Presiden PPP.

"Saya tak pernah dikenakan tindakan undang-undang berkaitan jenayah, walau lima sen pun... kamu boleh semak. Saya anggap ini bukan isu," katanya.

Semalam, kumpulan pro-Murugiah mendakwa Kayveas didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam di bawah Seksyen 103D Akta Profesyen Guaman 1976.

Mengulas lanjut mengenai krisis dalaman parti itu, Kayveas berkata, beliau bersedia berhadapan dengan segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan pro- Murugiah ke atasnya.

"Setiap orang melakukan kesalahan dan kita cuba memperbaikinya, apa jua rintangan kita akan cuba mengatasinya dengan sebaik mungkin.

"Saya memberitahu kepada semua ahli parti supaya tidak membuang masa menjawab apa kesemua tuduhan yang dilemparkan itu.

"Mereka (kumpulan pro-Murugiah) adalah kumpulan yang telah dipecat daripada parti dan tidak guna kita membazir masa mendengar apa yang diperkatakan mereka," katanya.

Jelas beliau, krisis yang berlaku tidak akan melemahkan semangat ahli-ahli parti dan mereka akan menjadi lebih kuat selepas ini.

"Saya berjanji akan menjadikan PPP sebagai sebuah parti yang dikenali dan digeruni selepas ini," katanya. Kayveas yang juga bekas Ahli Parlimen Taiping mendakwa, 99 peratus ahli PPP di seluruh negara menyokongnya dan hanya satu peratus tidak menyokongnya.

"Hari ini semua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri ada di sini. Anda boleh lihat ini. Mereka (kumpulan pro-Murugiah) boleh buat apa jua kenyataan yang menyatakan ada ahli-ahli parti sokong mereka tapi mereka tidak ada bukti," katanya.

Beliau mendakwa Murugiah menggunakan kapasitinya sebagai Timbalan Menteri mengadakan sidang media memburukkan nama baiknya dan PPP, malah ia turut mencalar imej Barisan Nasional secara tidak langsung.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai status Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah yang dipilih oleh kumpulannya sebagai Presiden PPP mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti tersebut di Sentul.

Berkaitan dengan tuduhan yang dilemparkan ke atas beliau sebelum ini, Kayveas berkata, beliau bukan seorang yang 'gila kuasa' kerana setiap tiga tahun sekali parti itu mengadakan pemilihan dan semua jawatan tertinggi dalam parti dipertandingkan.

"Hari ini pun saya hanya menghantar borang pencalonan pada pukul 11 pagi... saya sengaja nak tengok, jika ada calon yang ingin bertanding jawatan Presiden dan dia layak serta boleh memimpin parti.

"Saya bercadang untuk tarik diri, namun sehingga waktu itu tiada sesiapa yang menghantar borang.

"Di sini anda boleh lihat saya tidak 'gila kuasa' dan semua calon-calon yang bertanding untuk jawatan tertinggi dalam parti juga tidak menghantar borang pencalonan sehingga saya menghantarnya dahulu.

"Semua calon menunggu hingga pukul 11... Inilah semangat perpaduan yang kita ada dalam parti. Kita tidak akan terpengaruh dengan perkara yang sengaja ditimbulkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab (kumpulan pro-Murugiah)," katanya.

Ketika ditanya mengenai status Murugiah sebagai ahli PPP, Kayveas berkata, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan sebelum tengah malam ini.

"Kita beri dia peluang, kalau dia buat rayuan kita akan dengar dahulu. Kalau sampai 12 tengah malam dia tidak buat rayuan baguslah.

"Kita anggap dia telah dipecat daripada parti. Saya bagi nasihat kepada mereka supaya jangan kacau kami dan kita akan ambil tindakan mahkamah sebagai permulaan," katanya.

Kayveas turut melabelkan Murugiah sebagai pemimpin yang 'besar kepala' setelah mendapat jawatan Timbalan Menteri.

"Baru dapat jawatan sikit dia (Murugiah) nak bunuh parti, nak bunuh Presiden dan nak bunuh ahli-ahli parti. Macam ini ke pemimpin yang kita nak pilih?" katanya.

Pada 26 Mei lalu, Lembaga Disiplin PPP telah memecat tujuh anggota parti termasuk Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Penanti: Kit Siang antara 3 pemimpin pembangkang disiasat beri ceramah hasutan

BERNAMA


BUKIT MERTAJAM: Polis membuka kertas siasatan terhadap tiga pemimpin pembangkang berhubung dakwaan menyampaikan ceramah berbaur hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, ketiga-tiga pemimpin itu ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) N. Gobalakrishnan dan Badrul Hisham Shaharin.

"Semasa mengeluarkan permit ceramah pihak penganjur sudah diberitahu supaya setiap ceramah tidak mengandungi hasutan, fitnah, provokasi dan menyentuh tentang hal berkaitan perbicaraan mahkamah.

"Jika mereka gagal mengikut peraturan, kita kena buat sesuatu untuk menghentikan mereka daripada mengulangi perkara itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mereka di siasat mengikut Sekyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Ayub berkata, polis telah mengambil keterangan Lim di rumahnya di Island Glade pagi ini dan Badrul memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah semalam, manakala Gobalakrishnan belum memberi keterangan.

"Kami terima laporan, jadi kami ambil keterangan mereka. Kami harap dapat melengkapkan kertas siasatan ini dalam tempoh seminggu," katanya.

Selain itu, Ayub berkata, polis menerima 19 laporan berhubung kempen pilihan raya kecil itu.

"Kami membuka 10 kertas siasatan dan dua lagi kami rujuk kepada agensi terlibat seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan," katanya.

Ayub mengingatkan orang ramai, calon serta penyokong parti yang bertanding supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan pada hari pengundian esok.

Pilihan raya kecil Penanti diadakan setelah wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin, yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang meletak jawatan.

PAS Pahang hantar petugas ke Manek Urai bermula 9 Jun

Basiron Abdul Wahab


TEMERLOH - PAS Pahang akan menghantar petugas ke Pilihan raya kecil Manek Urai secara berperingkat mulai 9 Jun depan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim berkata, pilihan raya Manek Urai ini amat penting untuk mempertahankan penguasaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang di perintahnya, lebih-lebih lagi di Kelantan yang merupakan kubu kuat PAS.

"Pilihan raya ini penting untuk Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi ia berlaku di Kelantan, kubu kuat PAS," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri di pejabatnya.

Beliau berkata, Umno dijangka akan bertanding melawan PAS di Manek Urai itu kerana parti itu beranggapan pilihan raya kecil Manek Urai bukan suatu pembaziran berbanding pilihan raya kecil di Penanti, Pulau Pinang.

Katanya persepsi berbeza Umno itu memperjelaskan strategi memboikot pilihan raya kecil di Penanti bukanlah disebabkan isu pembaziran sebagaimana disebut-sebut Umno sebaliknya atas sebab-sebab lain.

Jelas Tuan Ibrahim, PAS Pahang telah mengarahkan PAS kawasan-kawasan menyediakan petugas untuk berjuang di Manek Urai bersama petugas dari negeri-negeri lain.

"Kita menjangka kira-kira 300 orang anggota parti akan bertugas di Manek Urai itu mengikut giliran yang ditetapkan Jabatan Pilihan Raya Negeri," katanya.

Ditanya mengenai persiapan beliau untuk Muktamar PAS Pusat di mana beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat pilihan.

"Perwakilan bebas memilih dan dipilih, kita tiada apa-apa kempen untuk merebut jawatan (walaupun kempen itu dibenarnya selagi ia berada diatas landasan yang sihat).

"Saya menerima pencalonan kerana menghurmati hasrat kawasan-kawasan yang mahukan saya bertandang jawatan berkenaan dalam muktamar kali ini," ujarnya.

Selain Tuan Ibrahim, dua lagi tokoh PAS Pahang yang bertanding di peringkat pusat ialah Ustazah Azizah Khatib Mat dan Dr Hamzah Jaafar. - mns_

Timbalan Presiden MIC: Sothi juga mahu turun gelanggang

MSTAR ONLINE


PORT DICKSON: Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden MIC pada pemilihan parti itu September depan.

Ketika mengumumkan perkara itu, bekas Setiausaha Agung MIC dan bekas Ahli Parlimen Teluk Kemang yang berusia 49 tahun itu berkata keputusan itu dibuat setelah berbincang dengan pemimpin MIC di semua peringkat termasuk individu dan masyarakat India keseluruhannya.

"Saya menawarkan diri untuk bertanding setelah yakin akan mendapat sokongan daripada seluruh negara," katanya pada sidang media di sini.

Turut hadir ialah Ketua MIC Bahagian Teluk Kemang, M. Vellu dan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan yang juga Ketua Wanita MIC Teluk Kemang, Dr. P. Tanaletchumy.

Dengan pengumuman Sothinathan itu, persaingan bagi merebut jawatan kedua tertinggi parti itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru. Selain Sothinathan dan Datuk G. Palanivel yang akan mempertahankan jawatan, seorang lagi yang menyatakan hasrat merebut jawatan itu ialah Datuk S. Subramaniam.

Ditanya adakah beliau mendapat restu Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu untuk bertanding merebut jawatan itu, katanya beliau telah memaklumkan hasratnya itu kepada presiden parti dan menyatakan bahawa beliau berpaksa membuat pilihan itu demi kepentingan parti dan juga masyarakat India.

"Saya yakin sejak tahun 1984 sehingga sekarang iaitu selama 25 tahun saya berkhidmat dengan beliau, perhubungan saya dengan beliau memang begitu akrab sekali dan beliau tentu akan merestui keputusan saya.

"Dia (Samy Vellu) bagaimanapun meminta saya memikirkannya dengan berhati-hati sebelum membuat keputusan. Dia tidak pula menyatakan tidak menggalakkan," katanya.

Sothinathan berkata, hasrat beliau untuk bertanding jawatan itu juga didorong oleh rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan dinamik kepada parti dan masyarakat India.

"Itulah sebabnya saya menawarkan diri atas permintaan dan nasihat daripada akar umbi. Selama ini saya telah memberi komitmen sepenuhnya untuk membantu parti demi kesejahteraan masyarakat India di negara ini.

"Untuk itu, kita perlu mempunyai strategi untuk memenangi semula hati rakyat agar mereka terus menyokong kita. Apa yang saya tawarkan di sini ialah saya komited untuk membawa perubahan demi kebaikan masyarakat India di negara ini," katanya.

Beliau berkata, MIC perlu mempunyai pemimpin yang dinamik untuk membawa parti di tahap yang tinggi selain memperkuatkan dan membina semula MIC memandangkan masyarakat India hanya sebanyak 7.5 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini.BERNAMA

BERITA TERDAHULU

SEREMBAN: Naib Presiden MIC, Datuk S. Sothinathan hari ini mengesahkan hasrat beliau untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu tahun ini.

Pemilihan dijangka berlangsung September.

Dengan pendirian beliau itu, tiga orang telah menawarkan diri merebut jawatan nombor dua MIC itu.

Penyandang jawatan, Datuk G. Palanivel juga akan dicabar oleh bekas Timbalan Presiden, Datuk S. Subramaniam.

Kelab Penyokong PAS dinaik taraf Dewan formal

Oleh G. MANIMARAN


KLANG: PAS sedang mengkaji untuk menaik taraf Kelab Penyokong PAS sebagai dewan atau sayap formal bagi mengiktiraf keanggotaan masyarakat bukan Islam dalam parti itu.

PAS sudah membentuk jawatankuasa teknikal bagi mengkaji perkara tersebut secara mendalam.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

"Saya yakin harapan ini akan menjadi realiti selepas Muktamar PAS bulan depan," katanya pada Konvensyen Kelab Penyokong PAS Nasional 2009 hari ini.

Konvensyen itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz ketika ditemui pula berkata, beliau mengalu-alukan syor tersebut sambil berkata, tindakan tersebut sepatutnya telah dilakukan dari dulu lagi.

"Sudah lewat, sepatutnya sudah lama dilakukan," kata beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Mujahid, Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kauam India, Cina, Siam dan Iban.

Ia ditubuhkan pada tahun 2004.

Mujahid percaya kajian mengenai pindaan perlembagaan bagi tujuan itu akan siap dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Bagaimanapun katanya, isu tersebut tidak akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS minggu depan.

"Kemungkinan perkara ini akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden PAS dan kemudian dibincangkan oleh perwakilan," katanya.

Kit Siang Pula Di Panggil Polis Atas Dakwaan Memfitnah Najib

TV ANTARA


Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang akan memberi keterangan kepada pihak polis pukul 11.30 pagi hari ini atas tuduhan hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri Najib Razak dan Malaysia.

Menurut beliau seorang pegawai polis telah datang berjumpanya ketika sedang berceramah di Penanti dan memberitahu beliau dikehendaki oleh pihak polis atas dakwaan memfitnah berkaitan ucapan yang disampaikan beliau Ahad lalu.

"Nampaknya Najib kini menekan pihak pembangkang atau sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan beliau dengan menggunakan cara tuduhan menghasut dan memfitnah dan tidak lagi ISA," kata beliau menggunakan Twitter yang diposkan dalam blognya.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dijadualkan akan mengadakan satu sidang akhbar di rumah Kit Siang hari ini.

Peguam Chin Peng: Kerajaan Malaysia Tidak Tepati Janji

TV ANTARA


Peguam kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Darshan Singh Khaira mempersoalkan keikhlasan kerajaan Malaysia menunaikan janjinya untuk membenarkan bekas pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Chin Peng pulang ke tanah air kelahiran mereka setelah menanda tangani perjanjian dengan PKM pada 1989.

Dalam satu kenyataan kepada media yang dikeluarkan hari ini beliau mengajukan soalan mengapa kerajaan Malaysia mengambil keputusan menanda tangani perjanjian keamanan dengan PKM yang menamatnya persengketaan antara kedua-dua belah pihak sekiranya ia berniat tidak akan menepati janji yang telah dimeterai?

Sekiranya ini benar bolehkan masyarakat antarabangsa mempercayai mana-mana perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada masa depan?

Darshan Singh berkata menurut perjanjian tersebut kesemua ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa PKM dibenarkan pulang dan tingal di Malaysia termasuk Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh , Zainon @ Ah Yan, Suriani Abdullah, Abu Samah Mohamad Kassim.

Semua kecuali Chin Peng dibenarkan pulang.

Jelas beliau di bawah perjanjian yang ditandatangani yang dikategorikan sebagai perjanjian antarabangsa tidak ada syarat membuktikan mereka dilahirkan di Malaysia.

Darshan Singh berkata menurut sejarah keluarga Chin Peng beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak.

Kedua-dua ibu dan ayah beliau juga dikebumikan di Sitiawan sementara adik beradik beliau juga menetap di Malaysia.

Sebagai anak yang taat beliau ingin memberi penghormatan and menziarah pusara ibu dan ayah beliau kata peguam itu lagi.

Beliau juga ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama cucu dan anak-anak saudaranya tambah kenyataan itu lagi.

PKM telah ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Parti itu dikatakan sebagai parti berbilang bangsa yang pertama ditubuhkan dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Atas inisiatif mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Abdul Rahim Mohd Noor perbincangan dimulakan dengan PKM yang menghasilkan Perjanjian Keamanan yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand di Haadyai, Thailand.

Darshan Singh juga merujuk kepada kenyataan Abdul Rahim yang pernah menyatakan bahawa Chin Peng adalah seorang yang jujur, amanah dan berpegang kepada janji.

AGM, EGM Umno Oktober ini

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR: Umno akan mengadakan Perhimpunan Agung 2009 dan perhimpunan agung khas pertengahan Oktober ini, kata Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Kedua-duanya akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober.

Najib memberitahu, perhimpunan khas akan diadakan sebelum perhimpunan agung bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti.

"Perhimpunan agung akan bermula dengan perhimpunan agung khas iaitu dengan tujuan untuk meminda Perlembagan Umno.

"Bila ia selesai, ia akan kembali kepada Perhimpunan Agung seperti biasa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di sini, hari ini.

Najib berkata, draf cadangan bagi meminda perlembagaan itu hampir siap dan akan diedarkan kepada Umno negeri bagi mendapatkan maklum balas mereka.

"Seterusnya, MT akan membuat ketetapan tentang peruntukan undang-undang yang akan dipinda dan seterusnya dibentangkan dalam mesyuarat agung khas itu," katanya.

Najib berkata, dalam perhimpunan agung itu nanti, hanya satu usul yang akan dibahaskan iaitu usul ucapan penghargaan kepada Presiden parti.

"Bagi usul ini nanti, semua orang boleh bawa apa jua perkara yang ingin dibawa," katanya.

Sementara itu, mesyuarat hari ini juga turut mengesahkan secara rasmi kemasukan semula bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta anak mereka, Datuk Mokhzani.

Ketiga-tiga mereka telah keluar daripada parti Mei 2008 dan menyerahkan borang menyertai semula Umno April lalu.

PAS yakin peluang pertahankan Dun Manek Urai cerah

Lanjusoh


KUALA KRAI - Biarpun tarikh pilihan raya kecil Dun Manek Urai lebih sebulan lagi, namun PAS sudah memulakan gerak kerja jentera pilihan raya secara rasmi hari ini.

Pelancarannya disempurnakan Pesuruhajaya PAS Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di bangunan Pasti, Kampung Baru Manek Urai petang ini.

Biar pun pancaran terik matahari melimpah di atas kepala namun ia tidak menghalang orang ramai hadir.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Haji Abdul Fatah Harun, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Tiga lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai. Kehadiran yang luar biasa itu menyebabkan ramai tidak sempat menjamah juadah disediakan.

Manakala malam ini difahamkan Umno juga mengadakan program di kampung sama yang akan dihadiri Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed bertempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Biar pun agak kurang sihat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berucap merasmikan pelancaran jentera tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, tiada sebab pengundi menolak PAS memandangkan pembangunan yang dicanang Umno juga berlaku di Kelantan sama seperti di negeri-negeri lain.

"Umno dan PAS berbeza. PAS menekankan aspek dosa pahala dan segala kerja buat akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Bagaimanapun Umno hanya terhenti setakat dunia sahaja.

"Sebab itulah biar pun tugas kita sekadar memasang poster, namun ganjarannya besar akan diberi pahala kerana hasrat kita mahu mendaulatkan Islam," katanya.

Menurutnya Kelantan biar pun hampir 20 tahun diterajui PAS namun pembangunan tetap juga berlaku.

"Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang diterajui Pakatan Rakyat sekarang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah juga berlaku arus pembangunan biar pun Umno dan BN tidak lagi menerajui negeri berkenaan," katanya.

Menurutnya sejak menerajui Kelantan pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mendaulatkan Islam termasuk memindahkan wang dari bank konvensional ke Bank Islam sehingga ia menjadi ikutan ramai sekarang.

sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, operasi jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut bermula secara rasmi hari ini.

Kata beliau juga esok akan bermula proses meneliti secara terperinci cadangan nama-nama calon yang akan diketengahkan bagi mewakili PAS mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Beliau berkata, cadangan nama-nama calon itu akan diangkat kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum diserah untuk mendapat pertimbangkan PAS Pusat.

Ditanya mengenai kemungkinan calon yang diketengahkan katanya ada di antara merupakan tokoh tempatan dan yang tinggal di luar kawasan pilihan raya.

"Calon-calon terbabit memang berkelayakan, malah kalau hendak dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri pun mereka ada kelayakan," katanya.

Mengenai peluang memenangi pilihan raya tersebut kata beliau harapan agak cerah memandangkan pada pilihan raya umum tahun lepas undi popular yang diraih PAS di Manek Urai lebih 55 peratus.

Malah katanya, pada pilihan raya umum 1999 PAS mencapai undi popular sehingga 60 peratus.

Beliau juga yakin penduduk akan memberi sokongan padu keapada PAS memandangkan semangat yang dipamerkan wakil rakyat sebelum ini begitu memberangsangkan dan Allahyarham begitu dekat dengan penduduk. - mj _

Panas: Pendedahan foto dan rakaman suara mp3 calon bebas Penanti tersebar di internet

KLPOS.COM

SEBUAH laman blog membuat pendedahan bukti rakaman hampir tiga jam perbualan antara calon bebas Aminah Abdullah bersama wakil PKR agar dia menarik diri, perbualan berkisar hal dalaman parti PKR peringkat negeri Pulau Pinang.

Blog 'pisau' yang membuat pendedahan ini turut meletakkan link untuk pembacanya memuat turun rakaman suara audio berformat mp3.

Kriteria calon PAS: Tidak lakukan dosa besar, sanggup tinggalkan dosa kecil

BERNAMA


KUALA KRAI: Pas Kelantan sedang meneliti kriteria bakal calon bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada pilihan raya kecil yang ditetapkan 14 Julai depan.

Pengarah Pilihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Harun, berkata pucuk pimpinan parti akan membuat keputusan rasmi calon yang bertanding kerusi itu selepas menerima pandangan daripada peringkat kawasan, negeri dan pusat.

"Daripada segi agama, kriteria seseorang calon ialah mereka yang tidak melakukan dosa besar dan sanggup meninggalkan dosa kecil dan daripada segi politik pula, ia hendaklah boleh diterima masyarakat setempat dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik dipilih oleh rakyat di kawasan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Fatah berkata, lazimnya Pas akan mengambil tiga nama yang dicadangkan oleh kawasan dan negeri untuk dikemukakan kepada pimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan muktamad. Mengenai tarikh pengumuman calon itu, beliau berkata Pas akan mengumumkannya pada masa yang sesuai.

Beliau berkata, Pas selesa dengan tarikh pilihan raya itu kerana ia diadakan selepas muktamar agung parti pada 3 hingga 7 Jun di Shah Alam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Pas, Ismail Yaakob, akibat serangan penyakit jantung 22 Mei lalu.

Nestle tarik balik perkataan Indon pada mi segera

KOSMO!


KUALA LUMPUR - Nestle Product Sdn. Bhd. (Nestle) bertindak menarik balik perkataan 'Indon' yang tertera pada dua pek makanan segera keluaran syarikat itu ekoran bantahan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan rakyat Indonesia di negara ini.

Isu itu timbul apabila seorang lelaki dari Jawa Timur yang tinggal di negara ini, Husni Hasan, 26, menemui perkataan 'Mi Goreng Pluz Perencah Asli Pedas Ala Indon' dan 'Mi Goreng Pluz Perencah Asli Ala Indon' pada pek makanan segera itu pada Februari lalu.

Husni kemudian membuat aduan kepada KBRI di sini yang mahu ia ditulis dengan perkataan penuh iaitu 'Indonesia'.

Ekoran aduan tersebut, Kaunselor KBRI, Eka A. Suripto telah menghantar sepucuk surat bantahan kepada Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Nestle.

"Sebenarnya pihak Indonesia dan Malaysia sudah bersetuju untuk tidak menggunakan perkataan tersebut hasil pertemuan tahunan Perundingan Bilateral pada Mei 2007," kata Eka dalam buletin berkala Caraka keluaran KBRI edisi Mei.

Dalam pada itu, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle, Izham Mohamed dalam jawapan balas kepada KBRI, mengakui telah mengeluarkan produk mi segera menggunakan perkataan Indon.

Nestle kemudian meminta maaf di atas kejadian itu dan bersedia menarik balik semua produk dan menukar perkataan tersebut.

IPTS bankrap pelajar cuma kejar untung

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan JUNHAIRI ALYASA


KUALA LUMPUR - Ada seorang pelajar pun cukup. Begitulah situasi terdesak sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) di ibu kota yang terpaksa meneruskan sesi pembelajaran walaupun hanya terdapat seorang pelajar datang mendaftar pada setiap kursus yang ditawarkan.

Lebih teruk lagi, pengambilan pelajar di kolej itu terpaksa dibuat pada setiap bulan bagi mencukupkan bilangan pelajar sebelum sesuatu kursus yang ditawarkan diteruskan.

Meskipun kolej tersebut mempunyai pautan dengan sembilan buah IPTS di United Kingdom (UK) bagi membolehkan pelajarnya melanjutkan pengajian ke negara tersebut selepas tamat pengajian peringkat diploma namun keadaan kolej itu bagaikan 'hidup segan mati tidak mahu'.

Malah, kolej terbabit juga dikatakan menyediakan pensyarah berpengalaman, tetapi pakej itu masih gagal menarik perhatian pelajar.

Selain itu, kolej berkenaan turut menyediakan enam jurusan bertaraf diploma iaitu pentadbiran perniagaan, pengurusan hotel dan pelancongan, pengurusan sumber manusia, pengurusan perniagaan dan teknologi maklumat, pengurusan kewangan serta pemasaran yang mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Kolej itu juga menawarkan sembilan program peringkat sijil daripada Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) serta kursus bertaraf profesional yang mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Keadaan fizikal di kolej itu kelihatan tidak terjaga dan keadaan itu dikatakan menjadi punca ia gagal menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajian di situ.

Selain lokasi yang tidak strategik kerana terletak berhampiran stesen bas serta rumah kedai, keluasan dan persekitaran kolej itu juga tidak layak digelar sebagai institusi pendidikan.

Isteri Akhil tunggu 2 Jun

Maizawati Zainal


KUALA LUMPUR: "Cukuplah setakat ini kenyataan daripada saya. Apapun yang dia katakan (Akhil), saya tidak mahu mengulasnya dan biarlah perbicaraan pada 2 Jun nanti menentukan segala-galanya," kata isteri penceramah bebas dan penyanyi, Akhil Hayy, Maizawati Zainal.

Maizawati berkata, keengganannya memberikan kenyataan balas adalah kerana dia tidak mahu lagi memanjangkan cerita serta memburukkan keadaan.

"Sebelum ini pun saya sudah banyak mengeluarkan kenyataan dan dia kini juga sudah pun mengeluarkan kenyataan. Jadi saya rasa itu adil untuk kami berdua. Biarlah di mahkamah nanti kami berjumpa dan menyelesaikan semua masalah," katanya ketika dihubungi semalam.

Maizawati diminta mengulas mengenai kenyataan Akhil yang mengatakan Maizawati masih lagi isterinya dan dia turut kesal kerana isterinya itu lebih rela mendedahkan masalah rumah tangga mereka kepada media daripada merujuknya ke pejabat kadi.

Dalam laporan itu, Akhil berkata, pendedahan itu secara tidak langsung mengundang spekulasi yang boleh mengganggu karier dan menjejaskan kredibilitinya sebagai pendakwah.

Ditanya apakah Akhil ada menghubunginya bertanyakan tindakannya mendedahkan masalah mereka kepada media, Maizawati berkata suaminya itu tidak menghubunginya.

Ramai lagi suspek diburu

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Polis yakin menahan lebih ramai along yang terbabit dalam kes merantai dan mengurung tiga lelaki di dua 'lokap' tingkat bawah rumah kedai di Jalan PBS 14/2, Taman Perindustrian Bukit Serdang, dekat sini, dalam jangka masa terdekat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan awal mendapati sindiket itu mempunyai anggota dan rangkaian yang besar.

"Berdasarkan siasatan kita tidak menolak kemungkinan ada mangsa dikurung di tempat lain. Kita menggiatkan operasi memburu," katanya di sini, semalam.

Polis menahan reman tiga along termasuk seorang dipercayai suspek utama. Mereka ditahan sebelum dan selepas polis membebaskan tiga mangsa Rabu lalu.

Khalid berkata, along terbabit disiasat bagi kesalahan pemerasan dan mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah mengambil tindakan terhadap 203 kes along sehingga 17 Mei lalu.

Polis pula memantau tiga kes penculikan besar di beberapa kawasan sekitar ibu kota ini yang disebabkan along.

Kementerian itu dalam kenyataannya semalam berkata, satu Jawatankuasa Kerja dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Mahmood Adam ditubuhkan dan dianggotai semua agensi keselamatan untuk menyemak kes orang awam dan along.

Mustapa pengarah pilihan raya Manek Urai

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Majlis Tertinggi (MT) UMNO melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai penyelia pilihan raya kecil tersebut bagi pihak MT.

''Mustapa akan bertanggungjawab berkaitan dengan operasi harian dan membuat keputusan-keputusan sewajarnya sebagai pengarah pilihan raya kecil,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Turut hadir Muhyiddin; Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Ahmad Maslan; Bendahari Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Ketua Pergerakan Wanita, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalu setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai

Mengenai calon DUN Manek Urai, Najib berkata, MT menunggu syor daripada Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Pelajar Malaysia lemas di AS

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar negara ini yang menuntut di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia setelah lemas ketika bercuti di Great Smokey Mountain National Park, Tennessee, pada 24 Mei lalu.

Kejadian berlaku semasa Allahyarham Nublan Zaki Norhadi, 20, bercuti di kawasan peranginan itu bersama 30 rakannya dari universiti sama setelah tamat peperiksaan pengajian tahun satu.

Allahyarham lemas kira-kira pukul 7 malam dan mayatnya ditemui oleh renjer taman negara di kawasan itu pada pukul 1 petang keesokan harinya.

Pengarah Hal Ehwal Korporat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Hasni Suleiman berkata, berikutan kejadian itu, Mara telah menghubungi keluarga Allahyarham untuk memaklumkan berita berkenaan.

Urusan penyempurnaan jenazah telah dikendalikan oleh pegawai-pegawai di Pejabat Mara di Washington DC, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dibawa balik ke Malaysia dari Newark, New York, semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira pukul 7.15 pagi esok, jelas beliau.

Jumaat, 29 Mei 2009

Pengerusi SPR Makan Gaji Buta

TV ANTARA


Setelah Barisan kalah di kesemua empat pilihan kecil di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri, terbit daripada mulut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Aziz Yusof harapan beliau agar tidak ada lagi wakil rakyat yang meninggal dunia selepas ini.

Kenyataan yang agak mengejutkan, lucu dan cetek ini besar kemungkinan lahir daripada perasaan ikhlas beliau yang tidak mahu melihat bosnya iaitu Umno dan BN terus dirundung malang demi malang di peti undi rakyat.

Ramai pihak yang mengutuk kenyataan bodoh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu yang dilihat tidak secucuk dengan tahap ilmu pengetahuan beliau yang tinggi dalam selok belok pentadbiran negera dan pengalaman lama sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan berstatus gaji JUSA.

Namun Abdul Aziz dilantik ke jawatan pengerusi SPR oleh kerajaan BN dan kesetiaan beliau sudah tentunya kepada tangan yang menyuap rezeki kepada beliau walaupun sebagai badan yang ditubuhkan di bawah akta lulusan Parlimen ia sepatutnya bebas dan mengamalkan prinsip adil dan telus dalam setiap aspek pengurusan pilihan raya di negera ini, termasuklah pengerusinya sendiri.

Bagi orang yang berpegang kepada nilai-nilai beragama sudah tentu apa yang dicakap oleh Abdul Aziz semalam ketika memgumumkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi bagi DUN Manek Urai adalah bercanggah dengan konsep ketentuan qada dan qadar.

Bagi orang politik pula kenyataan beliau itu berbaur politiklah dan mencerminkan ketakutan yang menyelubungi BN yang takut kalah untuk sekian kalinya pada pilihan raya yang mendatang di Penanti dan yang menunggu di Manek Urai.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata sepatutnya pengerusi SPR itu harus menunjukkan sikap ceria dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya dan bukannya makan gaji buta.

"Orang kata tugas pengerusi SPR makan gaji buta selama lima tahun kerana pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali. Jadi dalam tempoh itu beliau boleh dikatakan tidak buat apa-apa.

"Bila sudah tidak ada banyak kerja dan bila ada sahaja pilihan raya kecil seolah-olah dia hendak lari daripada tugas," kata Khalid semasa rakaman rancangan Kanta Media oleh Tv Antara di Shah Alam semalam.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin pada rancangan yang sama juga berkata BN kini amat takut berhadapan dengan pilihan raya kecil Manek Urai JUlai nanti atau mana-mana pilihan raya kerana mereka sedar rakyat sudah bulat menolak BN.

"Itu sebabnya kita mendengar kenyataan-kenyataan tidak cerdik daripada pengerusi SPR kerana itulah realiti. SPR sudah tidak sanggup menguruskan pilihan raya yang mereka tahu Umno dan BN akan kalah teruk walau apa pun kekangan dan peraturan tidak munasabah yang diada-adakan setiap kali diadakan pilihan raya.

"Nasihat saya untuk SPR ialah apa pun taktik yang digunakan untuk menghalang kemaraan rakyat untuk menumbang pemerintahan zalim BN ia tetap akan berlaku dan SPR tidak mampu menghalang kuasa rakyat," kata Badrul Hisham atau Che GuBard lagi.

Ekonomi Gawat Sebab Najib Lambat Bertindak

TV ANTARA


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim menyelar Perdana Menteri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan I kerana lambat mengambil tindakan segera menangani kegawatan ekonomi.

Najib yang dituduh berada dalam sindrom penafian seringkali diasak oleh Pakatan Rakyat di Parlimen semasa sidang Dewan Rakyat berhubung Bajet 2009 dan dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan namun beliau dilihat tidak mempunyai kebolehan memimpin usaha mengatasi masalah ekonomi yang mula menunjukkan tanda-tanda kegawatan sejak tahun lalu.

Semasa berucap kepada rakyat Guar Jering dalam siri kempen pilihan raya kecil DUN Penanti semalam, Anwar berkata penguncupan ekonomi sebanyak 6.2 peratus adalah amat membimbangkan kerana negara kini secsra rasmi dilanda kemelesetan ekonomi.

"Pentas semalam memberi ruang buat saya mengungkapkan antaranya pengumuman Bank Negara berhubung penguncupan 6.2% ekonomi Malaysia buat suku pertama tahun ini. Angka ini ternyata membimbangkan, malahan ianya lebih teruk jika dibandingkan dengan kedudukan terburuk negara iaitu pada suku keempat tahun 1998. Secara teknikalnya negara kita sedang mengalami kemelesetan.

"Antara perkara yang merunsingkan saya apabila melihat lagak pentadbiran kewangan sekarang ialah kurangnya ketelusan menjawab persoalan yang dilontarkan ketika menghadapi krisis. Sewajarnya pengalaman melalui tempoh sukar kurang lebih sepuluh tahun lalu mengajar kita untuk pantas bertindak dan telus kepada rakyat.

"Tatkala membahaskan belanjawan dan juga rancangan ransangan ekonomi saya tegaskan mengapa lambat mengakui negara sedang melalui saat-saat sukar walhal ianya memberi dampak besar kepada psikologi rakyat.

"Sayangnya oleh kerana menteri kewangan memilih pada ketika yang paling lewat untuk mendedahkan kepada umum makanya rakyat dan ekonomi lambat untuk siap siaga berhadapan dengan krisis berbanding dengan negara jiran seperti Singapura.

Adakah akan ada pakej ransangan yang ketiga? (walaupun yang pertama tidak dilakukan menurut aturan Parlimen) Apa sudah jadi dengan RM60bilion yang diwar warkan dahulu. Bukankah jumlah tersebut untuk tempoh sepanjang dua tahun?

"Telahpun kami secara tuntas menyatakan jika pengurusan ekonomi masih ditakuk lama; membenarkan penyelewengan berleluasa dan sekiranya dana yang ada diseleweng buat mencipta kekayaan kroni, alamat negara akan terjerumus ke kedudukan yang menakutkan," jelas beliau secara panjang lebar mengenai keadaan ekonomi negara.

Undi Pos P/raya Penanti Bermula

TV ANTARA


Undi pos untuk pilihanraya kecil Penanti berlangsung hari ini dengan 20 orang anggota Polis dari kawasan itu mengundi lebih awal kerana desakan tugas.

Bilik undi pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai tengah di Pulau Pinang dibuka jam 8.30 pagi.

Tepat jam 9.15 pagi seorang angota polis berpangkat Lans Koperal membuang undi pertama, di ikuti anggota polis wanita iaitu Lans Koperal Asiah binti Hashim yang bertugas di balai polis kubang Semang.

Sejurus selepas itu, Calon Parti Keadilan Rakyat Mansur Othman hadir bersama beberapa penyokong bagi memantau proses pembuangan undi pos.

Mansur berkata beliau berpuas hati dengan kempennya untuk mengekalkan kerusi Penanti dan menaruh kepercayaan penuh dengan kebijaksanaan pengundi untuk membuat keputusan tepat.

Seramai 23 orang berdaftar sebagai pengundi pos DUN Penanti. Lebih 15,000 pengundi lain di daftar untuk mengundi Ahad ini.

Mansor mengadapi saingan tiga calon bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris.

UMNO-Barisan Nasional tidak bertanding pada pilihanraya kecil Penanti, setelah parti itu kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum mac tahun lalu.

Cawangan PKR Perlis makin bertambah

Abdul Rahim Sabri


PKR akan menubuhkan cawangan keenam di Perlis - di Parlimen Kangar - ekoran kemasukan 160 ahli baru dari kalangan masyarakat bukan Melayu di situ semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi PKR negeri Johari Shafie berkata, kebanyakan mereka dari DUN Sena, yang terletak dalam parlimen Kangar.

Mereka turut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bersama dengan 470 ahli Umno di DUN Kuala Perlis yang menyertai PKR semalam.

Majlis penyerahan borang itu berlangsung di rumah salah seorang ahli Umno yang menyertai PKR yang dikenali sebagai 'Pak Omar'.

Sehingga ini, sudah terdapat tiga cawangan PKR di Parlimen Kangar. DUN Kuala Perlis juga terletak dalam parlimen yang sama.

Dua lagi cawangan PKR ialah masing-masing satu di Padang Besar dan Arau.Kemasukan 630 ahli baru itu melebihi daripada jangkaan sebelum ini.

Pengundi atas pagar

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 320 ahli Umno dari DUN Kuala Perlis akan menyertai PKR dan sekaligus menubuhkan cawangan pertama PKR di situ.

Borang keahlian 470 ahli Umno DUN Kuala Perlis menyertai PKR itu, diserahkan kepada Anwar oleh bekas ahli jawatankuasa Umno Kangar, Shaari Ludin.

Manakala borang keahlian 160 ahli baru dari Parlimen Kangar itu diserahkan kepada Anwar oleh ahli jawatankuasa PKR negeri, Ko Chu Liang bagi pihak masyarakat bukan Islam itu.

Dalam majlis tersebut juga, Anwar turut memberi penerangan berhubung perjuangan PKR kepada ahli-ahli baru dan menggesa pengundi atas pagar menyokong parti itu.

Dalam perkembangan berkaitan, PKR Perlis juga telah mengedarkan kira-kira 50 borang keahlian kepada ahli-ahli di Pauh yang telah menyuarakan minat mereka untuk menyertai parti itu.

Menurut Johari lagi, beliau telah mengedarkan borang tersebut minggu lalu.

"Insya-Allah, kita akan dapat balik borang daripada mereka," katanya.

Barisan Nasional memenangi DUN Pauh dalam pilihanraya umum lalu dan diwakili oleh adinda Raja Perlis, Syed Razlan Jamalullail.

'Altantuya' seret Badrul ke balai

MALAYSIA KINI
(kemaskini 8.57pm)


Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya semalam, Badrul Hisham bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan.

PAS yakin peluang pertahankan Dun Manek Urai cerah

Lanjusoh


KUALA KRAI - Biarpun tarikh pilihan raya kecil Dun Manek Urai lebih sebulan lagi, namun PAS sudah memulakan gerak kerja jentera pilihan raya secara rasmi hari ini.

Pelancarannya disempurnakan Pesuruhajaya PAS Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bertempat di bangunan Pasti, Kampung Baru Manek Urai petang ini.

Biar pun pancaran terik matahari melimpah di atas kepala namun ia tidak menghalang orang ramai hadir.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Haji Abdul Fatah Harun, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Tiga lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai. Kehadiran yang luar biasa itu menyebabkan ramai tidak sempat menjamah juadah disediakan.

Manakala malam ini difahamkan Umno juga mengadakan program di kampung sama yang akan dihadiri Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustapa Mohamed bertempat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru.

Biar pun agak kurang sihat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap berucap merasmikan pelancaran jentera tersebut.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, tiada sebab pengundi menolak PAS memandangkan pembangunan yang dicanang Umno juga berlaku di Kelantan sama seperti di negeri-negeri lain.

"Umno dan PAS berbeza. PAS menekankan aspek dosa pahala dan segala kerja buat akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat. Bagaimanapun Umno hanya terhenti setakat dunia sahaja.

"Sebab itulah biar pun tugas kita sekadar memasang poster, namun ganjarannya besar akan diberi pahala kerana hasrat kita mahu mendaulatkan Islam," katanya.

Menurutnya Kelantan biar pun hampir 20 tahun diterajui PAS namun pembangunan tetap juga berlaku.

"Begitu juga dengan negeri-negeri lain yang diterajui Pakatan Rakyat sekarang iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Kedah juga berlaku arus pembangunan biar pun Umno dan BN tidak lagi menerajui negeri berkenaan," katanya.

Menurutnya sejak menerajui Kelantan pelbagai usaha sudah dilakukan bagi mendaulatkan Islam termasuk memindahkan wang dari bank konvensional ke Bank Islam sehingga ia menjadi ikutan ramai sekarang.

sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas itu Takiyuddin berkata, operasi jentera pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil tersebut bermula secara rasmi hari ini.

Kata beliau juga esok akan bermula proses meneliti secara terperinci cadangan nama-nama calon yang akan diketengahkan bagi mewakili PAS mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai depan.

Beliau berkata, cadangan nama-nama calon itu akan diangkat kepada Badan Perhubungan PAS negeri sebelum diserah untuk mendapat pertimbangkan PAS Pusat.

Ditanya mengenai kemungkinan calon yang diketengahkan katanya ada di antara merupakan tokoh tempatan dan yang tinggal di luar kawasan pilihan raya.

"Calon-calon terbabit memang berkelayakan, malah kalau hendak dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri pun mereka ada kelayakan," katanya.

Mengenai peluang memenangi pilihan raya tersebut kata beliau harapan agak cerah memandangkan pada pilihan raya umum tahun lepas undi popular yang diraih PAS di Manek Urai lebih 55 peratus.

Malah katanya, pada pilihan raya umum 1999 PAS mencapai undi popular sehingga 60 peratus.

Beliau juga yakin penduduk akan memberi sokongan padu keapada PAS memandangkan semangat yang dipamerkan wakil rakyat sebelum ini begitu memberangsangkan dan Allahyarham begitu dekat dengan penduduk. - mj _

Menteri Besar arah kerja merobohkan bangunan dihentikan segera

Saidah Hairan


SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan semua kerja merobohkan bangunan Jaya Supermarket dihentikan serta merta bagi membolehkan siasatan dijalankan untuk mencari punca berlakunya tragedi runtuh sehingga mengorbankan nyawa.

Dato' Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, hanya kerja-kerja mencari dan menyelamat lima pekerja Indonesia yang masih hilang saja dibenarkan.

Menurut beliau, keputusan itu sudah dibuat setelah unit kejuruteraan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (DOSH) dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) memberi taklimat dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) pagi tadi.

Katanya, MBPJ juga sudah diarahkan supaya memastikan jentera-jentera yang digunakan dalam kerja merobohkan bangunan tersebut tidak dibenarkan dibawa keluar.

Pihak IKRAM sudah diberi masa selama satu minggu untuk melaporkan siasatan dalam mesyuarat MTES.

Kerajaan Negeri juga sudah mengarahkan supaya pihak MBPJ dapat memastikan semua jenazah-jenazah mangsa diuruskan dengan baik mengikut adat serta agama masing-masing, tegas beliau.

Beliau berkata, MBPJ juga mungkin berurusan dengan semua kedutaan yang terlibat bagi memastikan semua sanak-saudara mangsa mengetahui status kejadian di samping mengeluarkan kenyataan memohon maaf serta ucapan takziah kepada semua mangsa.

Kawalan keselamatan sudah dilakukan di seluruh kawasan kejadian bangunan runtuh bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, tegas beliau.

Dalam pada itu tambah beliau, risalah-risalah berhubung kejadian serta kaunter informasi mungkin diwujudkan di kawasan kejadian bertujuan memberi maklumat kepada orang ramai serta keluarga mangsa yang terlibat berhubung kejadian.

Melalui taklimat mengenai kejadian runtuhan bangunan Jaya Supermarket hari ini, Kerajaan Negeri mendapati terdapat kelemahan garis panduan yang serius dalam kerja-kerja merobohkan bangunan tersebut, katanya.

Beliau menegaskan kelemahan itu harus diperbetulkan secepat mungkin supaya tragedi tersebut tidak berulang dan rancangan pembangunan di Negeri Selangor tidak terganggu./SH _

Qardawi sokong, kesal Mufti berfatwa tanpa periksa

Johari Jaafar


IPOH -Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Ustaz Ahmad Awang melahirkan rasa sedih dan kesal dengan kenyataan Mufti Perak Dato' Harussani yang mengeluarkan fatwa mengenai mogok lapar dan puasa sunat anjuran Pakaran Rakyat Negeri Perak tanpa terlebih dahulu mendapat maklumat yang sebenarnya.

Menurutnya program tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat Perak, tetapi ianya telah ditohmah dengan berbagai putar belit yang dilakukan oleh pihak tertentu termasuk media arus perdana.

"Saya sedih bila mufti tanpa tahu hujung pangkal mengeluarkan pandangan dan fatwanya, ini menyalahi peraturan dalam mengeluarkan fatwa, katanya dalam majlis taklimat di hadapan Pejabat PAS Perak semalam.

Sebagai seorang yang berilmu sewajarnya mufti tidak terus mengeluarkan pandangannya tanpa mendapat maklumat yang tepat dan sahih kerana kedudukan mufti amat dihormati oleh masyarakat Islam, tetapi apabila kenyataannya tidak berdasarkan matlumnat yang tepat menyebabkan pandangannya tidak dihormati.

Beliau turut mendedahkan Mufti Perak itu pernah bertugas di Bukit Aman sebelum berpindah ke Pulau Pinang dan menjawat jawatan di Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Beliau turut bersetuju dengan saranan Dewan Pemuda PAS Perak yang meminta mufti Perak meletakkan jawatan dan bertanding dalam pilihan raya.

"Beliau boleh bertanding di Kuala Kurau, Titi Serong, atau di parlimen Parit Buntar. Kalau di Bagan Serai saya boleh lawan dia," ujarnya.

Mogok lapar yang diadakan tidak mendatangkan mudarat kepada yang mengikutnya, orang Islam melakukan puasa pada awal bulan yang ada dalam hukum Islam dan mustahil mufti tidak mengetahuinya..

Beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan PAS di seluruh Perak pada 28 Mei lalu mengadakan majlis berbuka di markaz.

Menurut beliau Yusuf Qardawi dalam blognya semasa meminta umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong orang Palestin yang dipenjara melakukan mogok lapar.

"Apa penting bukan berapa ramai yang ikut serta lebih penting publisiti media menyebabkan apa yang kita lakukan ini sampai kepada rakyat di seluruh dunia," katanya.

Beliau juga mendedahkan dalam majalah Melennium keluaran Mei, mufti menuduhnya punca kemelut politik di Perak.

"Saya dihubungi oleh penerbit majalah itu dan saya akan jawab kerana banyak fakta diberi palsu dan tidak betul," Katanya.

"Macam-macam benda haram di Perak termasuk mufti kata puasa sunat pun haram, pakaian hitam pun haram. Hendak bersalam pun haram di Perak ,"katanya. - azm_

AMK bantah ceramah Umno di Penanti

Mohd Sabri Said


PENANTI - Akibat terlalu teringin berceramah sempena Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti akhirnya Umno terpaksa berhadapan dengan satu laporan polis oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Bahagian Permatang Pauh petang semalam.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Penerangan AMK Bahagian, Shukri Hamid di Balai Polis Penanti bersama Timbalan Ketua AMK Pusat, Faris Musa dan rombongan kira-kira 10 orang.

Menurut Shukri, Umno bertindak begitu untuk memberi penjelasan kepada ahlinya kenapa mereka tidak sertai pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini.

"Jentera parti menjumpai satu sepanduk yang tertera nama penceramah Lokman Nor Adam, Haji Abdullah Bahari dan Ustaz Kamal Saidin dengan tajuk Kenapa BN tidak sertai pilihan raya kecil N12 Penanti," tegasnya pada wartawan.

Dalam sepanduk itu juga tertera lokasi dan tarikh iaitu ceramah di Bangunan Umno Permatang Pauh, Dewan Kuala Mengkuang dan Dewan Guar Perahu bermula 26, 27 dan 28 Mei lepas.

Menurut Shukri lagi, Umno dan BN tidak wajar bertindak mengadakan ceramah di Dun Penanti ekoran mereka tidak menyertainya tambahan lagi ketidakmasukan Umno dan BN lebih tenang dan aman.

"Nyata sekali Umno begitu 'gian' untuk berceramah kerana tidak tahan dengan belasahan Pakatan Rakyat setiap malam. Kita tetap belasah kerana BN zalim dan tidak menghormati perlembagaan," ujar beliau seterusnya. - mns_

Mayat ke-4 dikeluarkan dari runtuhan Jaya Supermarket

MASTAR ONLINE


PETALING JAYA: Pasukan mencari dan menyelamat mengeluarkan mayat mangsa keempat dari runtuhan bangunan Jaya Supermarket di sini kira-kira 4 petang tadi.

Annuaruddin, operator kren, berusia 38 tahun, ditemui mati terperangkap pukul 3.30 petang. Mayat dikeluarkan 37 minit kemudian.

Sehingga awal pagi tadi tiga orang telah disahkan terbunuh dalam tragedi itu.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, mayat ketiga yang ditemui awal pagi tadi di bahagian bawah tempat letak kereta bangunan yang pernah menempatkan Jaya Supermarket di Seksyen 14 di sini yang runtuh semalam berjaya dikeluarkan pada 2 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mayat Muhamad Maskur, 31, warga Indonesia, dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Penemuan itu menjadikan jumlah korban meningkat kepada tiga orang setelah dua mayat ditemui semalam. Empat lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan yang berlaku 5 petang semalam.

Mayat pertama yang dikenali sebagai Maskor, 28, dikeluarkan dari tapak runtuhan pada 6.50 petang semalam manakala mayat kedua, yang belum dikenal pasti, dikeluarkan pada 10.20 malam.

Arjunaidi yang ditemui di tempat kejadian hari ini berkata terdapat seorang atau dua lagi mangsa dipercayai berada berhampiran dengan kawasan mayat ketiga ditemui.

"Usaha sedang dijalankan untuk mengeluarkan mangsa yang tinggal," katanya.

Mayat Muhamad disahkan oleh rakan sekerja yang juga sepupunya dikenali sebagai Suryano, 21, yang membuat pengecaman di bilik mayat PPUM berdasarkan baju dan kasut yang dipakainya.

"Kami duduk sama-sama, datang ke Malaysia sembilan bulan lalu dan masa kejadian kami baru masuk kerja tak sampai satu jam.

"Masa itu kami sedang turunkan besi cerucuk dari lori ke tingkat bawah, tibatiba dengar bunyi kuat macam benda jatuh, saya terus lari," katanya.

Beliau berkata Muhamad gagal menyelamatkan diri dan beliau sendiri nampak sepupunya itu tertimbus dalam runtuhan.

Kumpulan pro-Murugiah dakwa Kayveas hilang kelayakan ketuai PPP sejak 2005

Oleh G. MANIMARAN


PUTRAJAYA: Krisis kepimpinan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) terus meruncing dengan kumpulan pro-T. Murugiah hari ini melontarkan dakwaan terbaru - Datuk M. Kayveas tidak layak memegang jawatan Presiden parti atas alasan pernah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam lima tahun lalu.

Justeru, kumpulan itu mendakwa Kayveas telah hilang kelayakan untuk memegang sebarang jawatan dalam PPP termasuk sebagai Presiden sejak 2005.

Jurucakap kumpulan itu, Dr. N.A. Shanmuganathan berkata, pihaknya telah membuat aduan mengenainya di pejabat Pendaftar Pertubuhan di sini pagi ini.

Selepas aduan itu kumpulan tersebut bercadang membuat laporan polis. Petang ini mereka dijadual mengadakan pertemuan dengan Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan berhubung siasatan tentang kewujudan dua Presiden PPP sekarang.

Kayveas telah mengekalkan jawatan Presiden PPP pada Oktober 2005 tanpa dicabar. Beliau merupakan Presiden PPP sejak 1993.

Kumpulan penyokong Murugiah mengeluarkan kenyataan terbaru ini ketika tinggal sehari lagi bagi Murugiah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya daripada PPP.

Ekoran pemecatannya, kumpulan itu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Tergempar (EGM) Ahad lalu, sekali gus memilih Murugiah sebagai Presiden PPP yang baru.

Kayveas mempertahankan bahawa beliau masih Presiden PPP yang sah dan menyelar tindakan Murugiah mengadakan EGM tanpa mendapatkan kelulusan Majlis Tertinggi parti.

Isnin lalu Murugiah menyerahkan keputusan EGM kepada Pendaftar Pertubuhan.

Pada 26 Mei lalu, Lembaga Disiplin PPP memecat tujuh anggota parti itu termasuk Murugiah atas tuduhan melanggar perlembagaan parti.

Menurut kumpulan itu, Kayveas didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam di bawah Seksyen 103D Akta Profesyen Guaman 1976.

Mereka tidak menjelaskan jenis kesalahan yang membawa kepada denda oleh Majlis Peguam, sebaliknya ada mengedarkan makluman mengenainya.

"Satu laporan telah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan hari ini oleh ahli-ahli PPP bahawa Kayveas telah hilang kelayakan untuk memegang apa-apa jawatan dalam PPP sejak tahun 2005.

"Ini adalah kerana Kayveas telah didenda RM5,000 oleh Majlis Peguam pada 17 Mac 2005 dan perkara ini tertera dalam majalah rasmi Majlis Peguam bulan Mac/April," kata beliau pada sidang media di sini.

Katanya, mengikut Akta Pertubuhan 1966, seseorang yang pernah disabitkan kesalahan dan didenda tidak kurang daripada RM2,000 atau hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun di bawah mana-mana akta atau undang-undang di Malaysia, maka orang itu tidak layak memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu pertubuhan berdaftar.

Ketika ditanya mengapa baru hari ini perkara tersebut didedahkan, Shanmuganathan yang mewakili ahli-ahli yang membuat aduan memberitahu, pihaknya hanya menyedari baru-baru ini.

"Selepas menyedari perkara itu, semalam kami sudah mengesahkan dengan Majlis Peguam dan telah memperoleh pengesahan dan oleh itu, aduan dibuat hari ini," katanya.

Manek Urai: Mustapa dilantik Pengarah Pilihan Raya Kecil

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyelia persiapan Umno bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manek Urai, Kelantan yang akan diadakan Julai ini.

Selain itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed dilantik sebagai Pengarah pilihan raya kecil DUN itu, kata Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi(MT) Umno di sini hari ini, beliau berkata, Mustapa, yang juga Naib Presiden Umnodan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan bertanggungjawab mengenaioperasi serta keputusan seharian pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

Mengenai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding bagi kerusi itu yangkosong berikutan penyandangnya Ismail Yaacob, 60, daripada parti PAS meninggaldunia akibat serangan jantung pada 22 Mei lepas, Perdana Menteri berkata: "Sayamenunggu syor daripada Badan Perhubungan Umno Kelantan."

"Bila sampai masanya, kita akan umum. Ada masa lagi," katanya.

Ditanya mengenai kriteria calon yang dikehendaki, Najib berkata: "Kita taktetap apa-apa kriteria, kita nak calon yang terbaik."

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon danjika ada pertandingan, pengundian akan diadakan pada 14 Julai ini.

Mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang meminta penyokong Umno tidak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada Ahad ini, Najib berkata: "Ini bermakna apa jua tindakan yang akan dilakukan, ia adalah tindakan di peringkat individu."

"Pendirian kita ialah kita tak terlibat sama sekali," katanya.

Umno sebelum ini memutuskan untuk tidak terlibat sama sekali dalam pilihanraya itu.

Ahli Umno hadapi tuduhan mahkamah digantung jawatan parti

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


KUALA LUMPUR: Umno memutuskan ahlinya yang menghadapi dakwaan di mahkamah akan digantung daripada jawatan dalam parti serta-merta.

Bagaimanapun, kedudukan mereka itu akan dikembalikan sekiranya mereka didapati tidak bersalah kelak.

Perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno dalam mesyuarat selama kira-kira dua jam petang tadi.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, MT Umno secara prinsipnya menerima syor Jawatankuasa Pengurusan parti untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.

"Kita dari segi prinsipnya bersetuju atas syor Jawatankuasa Pengurusan bahawa sesetengah orang itu yang dikenakan tuduhan di mahkamah, jawatannya (dalam parti) akan digantung.

"Sekiranya dia berjaya dalam proses mahkamah, dia akan mendapat semula jawatannya," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat MT.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika dihubungi mStar Online berkata, mana-mana ahli yang menghadapi dakwaan di mahkamah kini berpeluang untuk menjawat semula jawatan yang disandang mereka selepas proses mahkamah selesai.

"Dulu, jika mereka menghadapi tuduhan di mahkamah, kita akan gantung jawatan mereka.

"Sekarang, mereka akan dapat kembali jawatan mereka selepas selesai proses mahkamah itu," katanya.

Sementara itu, MT turut bersetuju untuk menambah ahli-ahli Lembaga Disiplin termasuk panel penyiasat dan tribunal rayuan.

Mohd Najib berkata, lima ahli baru bagi lembaga itu adalah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Ismail Said; bekas Penolong Kanan Penguasa Badan Pencegah Rasuah, Wahab Wahid; peguam, Datuk Zuraidah Atan; pesara inspektor polis, Nordin Saidin dan pesara penguasa polis, Mohd Zain Ismail.

Laporan awal bagunan runtuh dibawa ke Kabinet

BERNAMA


PETALING JAYA: Laporan awal berhubung kejadian bangunan runtuh di Seksyen 14, Petaling Jaya akan dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Semalam, bangunan yang pernah menempatkan pasar raya Jaya Supermarket di Seksyen 14/20 di sini runtuh pada pukul 5.02 petang mengorbankan tiga daripada sembilan pekerja yang terperangkap ketika mereka melakukan kerja-kerja merobohkan bangunan itu.

Debat politik wang - Zahid nafi sahkan kehadiran kepada TV9

Harakahdaily


KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Dato' Ahmad Zahid Hamidi menafikan pihaknya memberikan persetujuan untuk berdebat dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada rancangan Hujah TV9, 26 Mei lepas.

Dalam satu kenyataan yang difakskan kepada Harakah oleh Pejabat Menteri Pertahanan sebentar tadi, Zahid melahirkan ducakita beliau kerana Husam mendakwa beliau menarik diri daripada menyertai rancangan tersebut.

"Saya tidak pernah mengesahkan kepada TV9 apatah lagi dengan Dato' Husam Musa untuk menyertai siaran langsung rancangan Hujah pada 26 Mei," katanya.

Zahid yang juga Naib Presiden Umno bagaimanapun mengakui pihak TV9 ada membuat jemputan kepada beliau.

"Penolakan untuk tidak menyertai program tersebut adalah disebabkan oleh komitmen saya terhadap acara-acara lain yang telah diatur pada hari dan waktu yang sama terlebih dahulu dan ini telah saya nyatakan kepada mereka (TV9)," katanya. - mr_

Kempen PRK Penanti, ahli MT KeADILan akan disiasat polis

Wan Nordin Wan Yaacob


KUALA LUMPUR - Akibat berceramah sempena kempen pilihan raya kecil Dun Penanti, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin telah diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bukit Mertajam pada jam 3.30 petang ini.

"Seperti dimaklumkan semalam saya dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan diri sebagai Pegawai Penyiasat Kanan IPD Seberang Perai Utara. Memberikan 'arahan' untuk hadir memberikan kenyataan di IPD Bukit Mertajam secepat mungkin kerana wujud 'beberapa' laporan polis terhadap ucapan saya," katanya.

Badrul Hisham kemudian telah memaklumkan kepada pegawai itu akan hadir hari Jumaat (hari ini) oleh kerana semalam berada di Perak untuk berceramah dan selepas di Perak akan terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (28 Mei) dimaklumkan sekumpulan anggota Polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban. Kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar, Polis telah hadir dengan meminta disampaikan amaran supaya saya hadir esok juga ke IPD Bukit Mertajam kerana akan didakwa esok," katanya.

"Kehadiran anggota polis beruniform dan lebih dari sekali mungkin untuk menakutkan dan mengganggu.

Badrul Hisham disabitkan seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan seksyen 500 (1)(b) Kanun Keseksaan.

"Tidak gentar dengan 'ugutan' regim yang berselindung disebalik polis maka saya akan hadir pada (Jumaat/ 29Mei) 3.30 petang," katanya.

"BN tidak bertanding tetapi terliur hendak masuk gelanggang. Masih ingat beberapa siri Pilihanraya Kecil yang lepas jika PAS bertanding maka keADILan akan dihalang buat program, tetapi di Penanti kali ini jelas PDRM/SPRM berat sebelah Umno diberikan permit buat program dan ceramah, malam tadi Umno buat program di Guar Perahu," katanya./wann_