Ahad, 5 April 2009

Tamparan pada BN, Naib Presiden PPP sertai KeADILan

Izwan Abdul Halim


SUNGAI LALANG - Barisan Nasional (BN) menerima tamparan hebat menjelang Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan 7 April ini apabila Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Dato' V.Nadarajan keluar daripada parti itu dan menyertai KeADILan.

Bersama penyertaan beliau itu ialah 6,000 ahli PPP di Kedah sekaligus membubarkan enam daripada 11 bahagian parti itu di Kedah iaitu Bahagian Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling, Sungai Petani dan Merbok. Daripada jumlah itu, seramai 1,500 ahlinya adalah dari Dun Bukit Selambau.

Turut mengisytiharkan menyertai KeADILan ialah ahli-ahli Umno dalam Dun Bukit Selambau dari Cawangan Kampung Jerai yang diketuai oleh Ketua Cawangan tersebut, Marzuki Md Akib dan masyarakat Siam dari Bukit Selambau diketuai Nao Bai Seong.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Cina Hock Seng, di sini malam tadi dan borang keahlian telah diserahkan kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Hampir 10,000 hadir memenuhi dewan dan pekarangan tempat tersebut malam tadi. - mks. _

Tiada ulasan: