Jumaat, 24 April 2009

Suspek 'SMS Ugut Bunuh' Pengendali ‘GanuLening’?

Editor Buletin online


KUALA TERENGGANU - Kerani syarikat swasta yang ditahan untuk membantu siasatan ‘SMS ugutan bunuh’ kepada tiga ADUN BN dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’.

Suspek tersebut telah dibawa ke balai polis Kuala Terengganu, semalam, untuk ditahan selama empat hari bagi membantu polis Terengganu menjalankan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Terengganu, ACP Fauzi Abduri berkata, lelaki berusia 31 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9.30 pagi tiga hari lepas. berasal dari Seri Kembangan, Selangor.

"Kami yakin dapat menyelesaikan kes ini dalam beberapa hari lagi," kata beliau di sini semalam.

Selepas ditahan di Bandar Baru Bangi, kata beliau, suspek berkenaan telah membawa polis ke rumahnya di Seri Kembangan di mana komputer riba, perkakasan komputer dan komputer peribadi turut dirampas.

"Kita telah menubuhkan sebuah pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan dan insya-Allah ia akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya.

Laman GanuLening.net, yang menggunakan IP 202.71.107.4, sebuah laman yang mengulas isu-isu semasa Terengganu, kini tidak boleh diakses

IP tersebut dikesan berpusat di Cyberjaya, berhampiran dengan Seri Kembangan, dimana lelaki yang disyakki tinggal disana.

Laman tersebut yang menggunakan motto 'membongkar dosa-dosa parti ajaran sesat' mempunyai kaitan dengan UMNO dengan carian internet menunjukkan ia mempunyai rujukan kepada laman-laman kendalian UMNO seperti UMNO TV, ahliumno.com, ganukita dan lain-lain

Tiada ulasan: