Sabtu, 11 April 2009

Suruhanjaya Siasatan Diraja harus siasat kes Altantuya : Lim Kit Siang

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Penasihat Dap Lim Kit Siang mahu campurtangan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat dengan teliti untuk membela nasib kedua-dua anggota Unit Tugas Khas Polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Dengan berakahirnya satu perbicaraan kisah pembunuhan wanita Mongolian Altantuya Shaariibuu yang diletupkan dalam hutan pada 20 Oktober 2006 lalu yang mendapat laporan meluas oleh media tempatan dan antabangsa yang mahukan keadilan dalam perbiracaan apabila mereka dapat menghidu banyak kepincangan sewaktu perbicaraan kes sedang dijalankan.

“Persoalannya bahawa siapa dalang di sebalik Unit Tindakan Khas Polis Bukit Aman dengan meletupkan Altantuya menggunakan bom C4,” kata Lim dalam kenyataan beliau itu.

“Sesiapa sahaja yang mengikuti perjalan kes tersebut tidak akan menolak kemungkinan malah lebih kuat menyatakan kes ini memang mempunyai pertalian dengan Perdana Menteri Najib Razak,” jelas beliau

Sementara menunggu kes ini dibawa ke Mahkamah rayuan oleh Azilah dan Sirul untuk merayu dalam kes dibawah Penal Kod seksyen 149 ini, keresahan rakyat amat ketara mahukan campurtanggan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk memberi pembelaan yang adil kepada kedua-dua mereka.

Petang semalam Najib mengumumkan barisan kabinet baru beliau selepas baru enam hari menjadi Perdana Menteri yang mana umum mengetahui kekalahan teruk oleh Barisan Nasional di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

“Pengumuman ini jelas bahawa beliau mahu menutup atau memesongkan pemikiran rakyat dari mempersoalkan kes terhangat ini dari menjadi bualan umum,” Lim berkata.

“Najib berterusan menafikan perbabitan beliau dan menyatakan beliau tidak terlibat dalam kes letupan C4 dan akan bertindak mematahkan siasatan Suruhajaya Siasatan Diraja ini yang menghantui beliau serta nama baik kerajaan Malaysia untuk selamanya,” tambah Lim.

“Walaupun hanya orang-orang tertentu yang boleh memberi arahan pengunaan bom C4, kehilangan rekod Imigersen kemasukan Altantuya ke dalam negara ini dan kehilangan perisik bebas Bala Supramaniam selepas membuat akuan bersumpah dalam pembabitan Najib dalam kes pembunuhan ini,” kata lim mengakhiri kenyataan beliau.

Tiada ulasan: