Ahad, 19 April 2009

Suhakam akui perlu mansuhkan ISA.

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : Pesuruhjaya Suhakam, N.Sivasubramaniam ketika menerima memorandum dari GMI mengakui tentang keperluan akta tersebut dimansuhkan.

Menurutnya, isu tersebut bukan merupakan perkara baru dan ia telah pun dibincangkan dalam mesyuarat Suruhanjaya berkenaan baru-baru ini.

“ISA adalah sebenarnya satu undang-undang yang tidak sejajar dengan hak asasi manusia. Suhakam tidak sesekali menyatakan kalau ada orang yang salah, dan mereka tidak mengikuti undang-undang, Polis tidak boleh menahan mereka,” katanya.

“Tapi beri penjelasan apa sebab mereka ditangkap dan mereka diberi peluang untuk pertahankan diri. Apa yang kita kemukakan kepada kerajaan dalam semua aspek, kita telah menyatakan bahawa undang-undang ISA ini telah ketinggalan zaman dan patut dihapuskan,” ujarnya.

Tambah beliau, pelbagai kesengsaraan dihadapi oleh mangsa ISA dan ahli keluarga mereka samada ketika ditahan atau selepas dibebaskan di bawah akta kejam itu.

Beliau turut mengakui ISA menyebabkan pelbagai masalah sosial termasuk keruntuhan rumahtangga dan hilang punca pendapatan bagi keluarga mangsa tahanan ISA.

“Ini lah kesan apabila kita tahan dan ini memang amat serius,” katanya.

“Sebenarnya undang-undang drakanion seperti ini perlu perubahan yang amat ketara. Kalau tidak, tidak ada gunanya kita wujudkan walaupun 10 Suruhanjaya hak asasi manusia dan hanya suara sahaja yang lantang,” ujar beliau.

“Jangan gunakan undang-undang ini untuk mensengsarakan rakyat,”t ambah beliau. Jesteru, Sivasubramaniam memberi jaminan akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kita akan usaha sedaya upaya untuk menemui tiga orang ini kerana itu adalah hak asasi manusia dan sekiranya kita mendapat maklumat kita akan memberitahu kepada GMI dan ahli keluarga tahanan terbabit,” katanya.

Tiada ulasan: