Jumaat, 3 April 2009

SPRM tahan dua ahli perniagaan terlibat rasuah RM1.2 juta

BERNAMA


KUALA LUMPUR: Dua ahli perniagaan yang disyaki terlibat dalam jenayah rasuah melibatkan RM1.2 juta ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor pada dua serbuan berasingan.

Dalam serbuan pertama pada 11 Mac lepas, seorang lelaki yang berusia 49 tahun ditahan kirakira pukul 10.30 malam manakala seorang lagi lelaki berusia 45 tahun, ditahan pada 15 Mac kirakira pukul 8.30 pagi.

Dalam satu kenyataan oleh Ibu Pejabat SPRM Putrajaya yang dikeluarkan hari ini, SPRM berkata keduadua mereka ditahan selepas disyaki menyalahgunakan wang tersebut yang sepatutnya digunakan bagi kerja-kerja pengubahsuaian pusat ujian memandu fasa dua di 30 buah tempat di seluruh negara.

Lelaki pertama ditahan reman selama tiga hari manakala seorang lagi selama lima hari. Bagaimanapun keduaduanya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000.Mereka disiasat di bawah Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009.

Tiada ulasan: