Sabtu, 4 April 2009

SPRM tahan CEO dan eksekutif

BERNAMA


KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat kerana disyaki melantik sebuah syarikat sebagai kontraktor kecil bagi membekalkan peralatan pertahanan.

Lelaki berusia 54 tahun itu ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes terbabit di pejabat SPRM Selangor pada pukul 12 tengah hari.

Menurut kenyataan SPRM, CEO berkenaan melantik syarikat terbabit bagi membekalkan peralatan pertahanan bagi kegunaan

Kementerian Pertahanan bernilai RM41.5 juta.Bagaimanapun, beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM30,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Selasa lepas, SPRM menahan seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi kerana didakwa meminta dan menerima wang rasuah bernilai lebih RM500,000.

Lelaki berumur 38 tahun itu dipercayai menerima wang rasuah itu sebagai balasan kerana melantik vendor bagi membekalkan aksesori elektrik bernilai lebih RM16 juta.

Beliau ditahan selepas memberi keterangan berhubung kes terbabit di pejabat SPRM Selangor dan direman sehingga esok.Kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Tiada ulasan: