Selasa, 21 April 2009

Shahanim lepas jawatan Ketua Puteri Umno Kedah

BERNAMA


SUNGAI PETANI: Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Shahanim Mohd Yusoff akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Puteri Umno Kedah yang disandangnya sejak 2006 bagi menumpukan perkhidmatan di peringkat pusat.

Beliau berkata Ketua Puteri Negeri yang baru akan diumumkan oleh Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin tidak lama lagi.

"Saya harap penganti saya akan mampu meneruskan tanggungjawab terhadap Puteri Umno Kedah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shahanim yang juga Ketua Puteri Bahagian Sungai Petani dipilih sebagai Naib Ketua Puteri Umno pada Persidangan Perwakilan Umno 2009 yang baru lepas.

Tiada ulasan: