Isnin, 20 April 2009

Semak keputusan Mahkamah Persekutuan segera : Aliran

Anna Yusof


KUALA LUMPUR : KETUA Hakim Malaya Zaki Azmi sepatutnya mengarahkan Mahkamah Persekutuan untuk menyemak kembali dengan lebih terperinci berhubung keputusan kes saman pengantungan Menteri Besar Barisan Nasional Perak Dr Zambry Abdul Kadir dan enam orang Exconya.

Demikian kata Presiden Aliran P Ramakrishnan dalam kenyataan akhbar beliau mengulas tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang dilihat tidak merujuk kepada artikel undang-undang penting berhubung kes perundangan dewan negeri.

Ramakrisnan berkata, tindakan Ketua Hakim dengan bersungguh hati amat diperlukan bagi menangani permasalahan ini dengan menyumbangkan jasa beliau demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

Berhubung kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuanyang dianggap bertentangan atau tidak tepat (a perverse judgement) oleh seorang yang amat disegani iaitu bekas ketua Hakim Mahkamah Rayuan N. H. Chan.

Beliau berkata “Kepada rakyat biasa, keputusan meragukan ini telah menjejaskan kewibawaan lima orang hakim yang menjadi saksi telah mencemarkan nama baik badan kehakiman dengan begitu buruk sekali,” jelas Ramakrishnan.

“Tidak masuk akal bagaimana kelima-lima hakim ini bertindak menafikan kebenaran dan keadilan Mahkamah Persekutuan walaupun Bekas Hakim Chan telah memberi penerangan untuk merujuk kepada artikel 72(1) yang menyentuh soal hak keistimewaan persidangan pembentukan undang-undang,” kata beliau.

Menurutnya, artikel ini tepat untuk mentafsirkan hala tuju kes sebelum dibawa ke Mahkamah Persekutuan namun ianya disisihkan dan menolak sama sekali untuk dirujuk dalam menangani kes ini.

“Pertuntukan ini mengsahkan hak dan kekebalan bagi melindungi kesahihan persidangan pembetukan undang-undang yang telah jauh tersasar,” jelas beliau lagi.

Tidak ada kekeliruan yang di nyatakan dalam artikel ini yang boleh dipertikaikan, walaupun orang kebanyakkan dapat memahami kenyataan artikel dibawah ini:-

72. Keistimewaan persidangan pembentukan undang-undang (Privileges of Legislative Assembly).

(1) Kesahihan dalam mana-mana perbicaraan dalam sidang dewan negeri tidak boleh di pertikaikan di mana-mana mahkamah. (The validity of any proceedings in the State Assembly of any State shall not be questioned in any court).

(2) Tidak boleh dibicarakan di mana-mana mahkamah berhubung kenyataan atau undi bilamana seseorang itu mengambil bahagian sebagai ahli dalam persidangan dewan negeri.

(No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof).

(3) Adalah menjadi kesalahan jika membawa sebarang perbicaraan dalam mahkamah atau mendedahkan kepada khalayak oleh ahli berhubung dengan apa-apa keputusan dalam sidang pembentukan undang-undang dewan negeri.

(No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything published by or under the authority of the Legislative Assembly of any State).

“Sungguh memeranjatkan apabila kelima-lima hakim ternama ini telah menafikan artikel yang begitu penting dalam peruntukan undang-undang ini,” tegas Ramakrishnan.

“Bila ditanya mengapa? jika mereka berharap dikecualikan dari mengadili kemelut ini, maka mereka patut memberikan lebih tumpuan dan merujuk kepada undang-undang mutlak di negara ini,” beliau berkata.

“Rakyat berhak untuk harapkan mereka lebih teliti dalam menjalankan kewajipan bagi menentukan keadilan,” kata beliau lagi.

“Kelima-lima hakim ini bertanggungjawab apabila rakyat Malaysia memandang rendah akan kewibawaan sistem kehakiman di negara ini. Telah menjadi persoalan berapa ramaikah hakim yang jujur yang berada dalam sistem kehakiman masih menhormati perlembagaan persekutuan dan kekal dalam jatidiri mereka demi memikul tanggungjawab sebagai seorang hakim,” tegas beliau lagi.

Ketua Hakim tidak boleh hanya berdiam diri dan membiarkan kekeliruan ini berlanjutan.

“Beliau harus memainkan peranan penting dalam memberi panduan dan nasihat demi menjaga maruah dan kewibawaan sistem kehakiman yang telah di cemari dengan sesetengah manusia durjana,” kata Ramakrishnan mengakhiri kenyataan beliau.

Tiada ulasan: