Isnin, 6 April 2009

Saman akhbar antarabangsa, baru Najib bersihkan nama Malaysia

mahasiswakini


Bukit Gantang - Ekoran kenyataan mengejutkan Perdana Menteri ke-6 semalam, Presiden BERSATU Mohd Hafez Sabri menyifatkan ianya masih belum mampu membersihkan nama baik negara selagi Najib enggan menyaman beberapa akhbar antarabangsa yang mendeddahkan kes pembunuhan Altantuya.

Tarik pergantungan permit 2 akhbar, bebas tahanan-tahanan ISA dan nak kaji semua ISA baik, tapi selagi Najib tidak saman akhbar antarabangsa di Perancis, Autralia, Indonesia dan sebagainya, selagi itu Malaysia seolah-olah dipimpin oleh seseorang yang terbabit bunuh Altantuya,” jelasnya Hafez.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kenyataan Dato’ Seri Najib Tun Razak tersebut ada kaitannya dengan tiga pilihanraya kecil sekarang.

Mungkin berkaitan 3 pilihanraya ini. Setelah Najib tahu isu pembunuhan mendiang Kugan dalam lokap polis tidak boleh ditutup lagi, pergantungan harakah SK dilihat melampau. Najib tidak ada banyak pilihan jika mahu menawan pengundi, kecuali berbuat seperti itu,” jelasnya lagi.

Beliau juga meramalkan perlantikan Najib ini menandakan era ‘neo-Mahathirisme’ akan bermula tidak lama lagi.

Tambahnya lagi, rakyat diseru terus menasihati Perdana Menteri ke-6 di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sekarang.

Najib mengumumkan pembatalan larangan penerbitan Harakah dan Suara Keadilan; pembebasan 13 tahanan ISA; dan hasrat mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas selesainya Majlis Angkat Sumpah.

Kenyataan badan bukan kerajaan (NGO) Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU) disampaikan Hafez dalam ‘ceramah kelompok’ di Dun Terung.

Tiada ulasan: