Sabtu, 4 April 2009

Risalah hantu pula disebar di Bukit Selambau

Oleh Rusnizam Mahat


BUKIT SELAMBAU: Risalah-risalah jahat kini mula disebarkan oleh pihak-pihak tertentu yang dipercayai didalangi oleh Barisan Nasional (BN) di Dun Bukit Selambau, bertujuan untuk mengelirukan penduduk di kawasan itu.

Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua berkata risalah yang diedar tanpa menggunakan sebarang logo itu berniat untuk memburuk-burukkan imej calon dan Pakatan Rakyat.

“Risalah ini sebarkan pembohongan yang tidak berasas, salah satunya menyatakan ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim menolak calon yang dikemukakan oleh Hindraf dan mengatakan Hindraf sebagai pertubuhan ‘kelas bawahan,”ujarnya ketika sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.

Ketika menjelaskan isu terbabit, Tian Chua berkata sejak dari awal Pakatan Rakyat menghormati perjuangan HIndraf dan pelbagai NGO yang cuba memperjuangkan nasib masyarakat India di negara ini.

“Kita tidak memilih calon dan Hindraf juga tidak pernah mencalonkan sesiapa secara rasmi. Keputusan pemilihan calon ialah keputusan parti,”ujarnya.

Menurut beliau, risalah-risalah berniat jahat itu turut disebar dalam pilihanraya kecil di Parlimen Bukit Gantang dengan memainkan isu dan sentimen perkauman.

“Ia diedarkan di Perak dengan menyatakan Dap ialah parti komunis dan Ir Nizar Jamaluddin diperalatkan oleh parti komunis,”

“Jesteru saya merayu kepada rakyat khususnya penduduk di tiga pilihanraya kecil ini supaya tidak termakan dengan dakyah-dakyah yang kini telah disebarkan meluas di seluruh tempat,”katanya.

Tiada ulasan: