Isnin, 20 April 2009

Penjenayah bogel terjun tingkat 2 hotel lolos kepungan polis

Oleh Petah Wazzan Iskandar


KUALA LUMPUR: Seorang penjenayah nekad terjun dari tingkat dua sebuah hotel dalam keadaan bogel sebelum cedera ditembak dalam pergelutan dengan polis di Jalan Silang, Kepong di sini, awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata polis terpaksa melepaskan tembakan selepas suspek cuba menyerang menggunakan parang.

Dalam serbuan jam 12.30 pagi itu, seorang rakan penjenayah terbabit turut menyerah diri.

Ku berkata, dalam serbuan itu juga polis menjumpai pisau dalam bilik hotel berkenaan dan sebuah Proton Waja yang dilaporkan dicuri di Brickfields, tahun lalu.

Dengan penahanan kedua-dua suspek berusia 28 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes seperti pengedaran dadah, samun kenderaan mewah dan rogol.

Akhir bulan lalu, polis menubuhkan pasukan khas memburu dua suspek itu yang dikategorikan penjenayah berbahaya dan kejam.

Tiada ulasan: