Sabtu, 11 April 2009

Najib jelaskan peranan Khairy

BERNAMA


PATTAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak diberi jawatan dalam senarai Kabinet baru kerana memberi kerjasama kepada Khairy untuk menjalankan tugasnya.

"Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia," kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat setengah pihak bahawa Ketua Pemuda Umno patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

"Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat," katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota Umno, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti dari sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti. BERNAMA

Tiada ulasan: