Selasa, 14 April 2009

Najib arah semua 10 ADUN boikot sidang DUN kembali hadir

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengarahkan kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.

"Saya minta semua ADUN hadir persidangan DUN.

"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar," kata beliau.

Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung esok.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian untuk Skim Jaminan Modal Kerja dan Skim Jaminan Penstrukturan Semula Industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini sebentar tadi.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di Terengganu sekarang adalah "sesuatu yang luar biasa."

Tiada ulasan: