Selasa, 7 April 2009

N25 Bukit Selambau : Sebuah bas di syaki pengundi hantu di tahan di Kuala Sin

SUARA KEADILAN


SUNGAI PETANI : Sebuah bas bernombor pendaftaran KBY 2359 yang dipercayai pengundi hantu telah dikesan oleh Skuad Angkatan Muda KeADILan (AMK) di Kuala Sin awal pagi ini.

Bas yang membawa hampir 40 penumpang berkenaan di tahan semasa sedng memasuki kawasan perkampungan yang boleh dikatakan agak pendalaman untuk mencari penginapan.

“Adalah suatu perkara yang tidak masuk akal untuk pemandu bas ini memasuki kawan kampung pada waktu tersebut untuk mencari tempat penginapan,” kata Ketua AMK Syamsul Iskandar Mohd Akin kepada Suara Keadilan.

“Walau bagaimanpun, bas berkenaan telah diiringi keluar dari Bukit Selambau secara aman,” jelas Syamsul.

Sementara itu, Skuad AMK yang di gelar ‘ghostbuster’ telah bersiap-siaga untuk memastikan pengundi-pengundi hantu dikenal-pasti agar tidak dapat memasuki Bukit Selambau.

Terdapat laporan di mana, sebuah rumah yang hanya diduduki oleh dua orang penduduk tetap dan menerima bantuan kewangan daripada agensi kerajaan, didapati menyenaraikan 38 lagi nama lain di dalam daftar pengundi terbaru yang digunakan oleh SPR.

Ini bukanlah kes terpencil, kerana selain daripada membawa masuk pengundi hantu, terdapat juga mereka yang telah disahkan meninggal dunia, masih berada di dalam senarai SPR yang terkini.

Adalah tidak masuk akal, seorang pengundi dengan tahun kelahiran ‘97 dibenarkan mengundi, kerana jika tahun tersebut adalah 1997, maka pengundi ini baru sahaja mencecah 12 tahun.

Melainkan pengundi tersebut lahir pada tahun 1897, yang bermakna, umurnya sudah mencapai 113 tahun, dan melepasi tahap umur minima untuk mengundi, barulah namanya boleh didaftarkan oleh SPR.

Kes-kes seperti ini telah di kesan oleh petugas PR semasa memeriksa senarai terbaru pengundi berdaftar dengan SPR.

Tiada ulasan: