Khamis, 16 April 2009

MIC tak jadi tarik wakil keluar kabinet

AK Anand


MIC tidak jadi menarik keluar wakilnya dalam kabinet baru selepas mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai barisan kabinetnya.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu memberitahu demikian selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja pusat parti tersebut di ibunegara hari ini.

Sehubungan itu, Samy Vellu menyifatkan perkara itu sebagai telah selesai.

Difahamkan, dalam mesyuarat hari ini, beberapa ahli jawatan tersebut menyuarakan kekecewaan mereka berhubung episod tersebut.

Pada 11 April, Malaysiakini menyiarkan berita bahawa pucuk pimpinan itu sedang menimbang untuk menarik keluar wakilnya dalam kabinet.

Ia kerana MIC tidak puas hati kerana tidak diberi jawatan menteri kanan dan kurang wakil dilantik menganggotai kabinet baru.

Menteri tunggal dari MIC ialah Datuk Dr S Subramaniam. Beliau juga setiausaha agung MIC dilantik semula sebagai menteri sumber manusia.

Dua lagi wakil MIC dilantik sebagai timbalan menteri, iaitu ketua penerangannya, M Saravanan (timbalan menteri Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (jabatan perdana menteri).

Tiada ulasan: