Selasa, 7 April 2009

Menteri Belia gunakan pelajar IKBN dan agensi Kerajaan kempen diBukit Gantang

Herman Samsudeen


Menteri Belia dan Sukan, Ismail Sabri telah mempergunakan sepenuh kuasanya bagi berkempen di Bukit Gantang. Beberapa Pelajar Institut Kemahiran belia Negara berserta Jentera Rakan Muda dikerah ke Kg. Larut Tin, Bukit Gantang bagi mengadakan mini karnival sempena Majlis Pelancaran Program Perantis Peringkat Kebangsaan 2009.

Antara pelajar IKBN yang turut serta adalah dari kawasan Jitra, Kuala Perlis, Alor Gajah dan Peretak.

Padang Awam Kg. Larut Tin dipenuhi dengan Pelajar-Pelajar IKBN yang dibawa oleh bas-bas milik Kerajaan.

Umno-BN menggunakan program ini untuk menarik sokongan generasi muda, namun ianya gagal kerana banyak kerusi-kerusi yang disediakan penganjur kosong kerana orang-orang Kampun tidak berminat menghadiri Karnival ini.

BERITA BERKAITAN

Guru Tadika Kemas Kecewa, Umno Longgok Sampah di Bukit Gantang

Seorang Guru Tadika Kemas yang enggan dikenali di Kg. Larut Tin, Bukit Gantang pagi ini terkejut bila kawasan tadika berkenaan dipenuhi oleh longgokkan sampah yang ditinggalkan oleh Umno. Semalam Menteria Belia dan Sukan, Ismail Sabri telah mengarahkan beberapa pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) berkampung disitu bagi meraikan undi untuk calon BN.

Program Perantis telah diadakan dan malam semalam anak Menteri Belia berkenaan, Gadaffi (Dafi) telah turut dijemput untuk menghiburkan penduduk kampung. Namun, apa yang ditinggalkan oleh penganjur program amat mengejut kerana sampah bersepah diseluruh kawasan padang dan Tadika berkenaan.

Inilah sikap yang disemai oleh pemimpin BN terhadap rakyat. Adakah pemimpin begini yang harus rakyat taati. Jika dalam sehari mereka kotorkan kampung ini sedemikian rupa, bayangkanlah jika mereka diberikan mandat untuk berkuasa di Bukit Gantang ini. Maka nama Bukit Gantang bakal ditukar kepada Bukit Sampah pula selepas ini!

Tiada ulasan: