Ahad, 5 April 2009

Media hadapi cabaran di bawah Najib

Izwan Abdul Halim


SUNGAI LALANG - Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua menyifatkan pihak media bakal berdepan cabaran lebih berat di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut beliau, pihaknya tidak yakin Perdana Menteri baru itu akan memberikan kebebasan dan melonggarkan kawalan ke atas media walaupun telah 'membebaskan' Harakah dan Suara KeADILan dari pergantungan selama tiga bulan baru-baru ini selagi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dikuatkuasakan.

"Kita belum lagi memandang apa-apa komitmen beliau untuk meminda akta ini dan belum lagi ada komitmen yang serius dan sistematik untuk menghapuskan klausa-klausa dan syarat yang agak menyekat terhadap media dan kebebasan maklumat.

"Kita masih memerhati dan kita khuatir bila-bila masa sahaja apabila kerajaan menghadapi 'ancaman' dan tekanan, 'tangan penindasan' ini boleh digunakan lagi,"jelasnya pada sidang media di Yayasan Aman di sini hari ini.

Terdahulu, beliau memuji komitmen pihak media dalam membuat liputan sepanjang Pilihan Raya Kecil N.25 Dun Bukit Selambau.

Beliau turut melahirkan harapan agar pihak media tetap terus berani dan berpegang kepada prinsip ketelusan serta kebebasan. - mks. _

Tiada ulasan: