Rabu, 15 April 2009

MB Selangor umum status Elizabeth petang ini

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN


PETALING JAYA: Status berkaitan dengan kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong akan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar(MB), Arfa`eza Abdul Aziz kepada mStar Online sebentar tadi.

"Seperti biasa kita adakan sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini. MB akan umumkan mengenainya (kedudukan Elizabeth). Isu-isu lain juga turut diumumkan,"katanya.

Difahamkan sidang media akan diadakan pada pukul 1 tengah hari di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam.

Ditanya lebih lanjut mengenai isu tersebut, Arfa'eza bagiamanapun enggan mengulas lanjut.

"Adalah lebih baik kita tunggu pengumuman MB," katanya.

Pada 17 Januari lalu, Wong, 37, yang juga Ketua Penerangan Wanita PKR sebelum ini menawarkan untuk meletak kedua-dua jawatan itu berikutan penyebaran gambar separuh bogelnya dalam Internet, namun Abdul Khalid menasihatii beliau agar menagguhkan hasratnya dan pergi bercuti.

Bagaimanapun,Khalid yang Pengerusi PKR Selangor pada 25 Mac lalu memutuskan untuk terus melanjutkan cuti, Elizabeth sehingga 15 April(hari ini).

Khalid berkata, kerajaan negeri juga memberi jaminan keputusan mengenai status Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar itu akan diputuskan sebaik sahaja tempoh lanjutan cuti itu berakhir.

Tiada ulasan: