Khamis, 16 April 2009

MB harap rakyat sokong pakej rangsangan

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM – Kerajaan negeri kini berusaha keras menjalankan pelbagai program dalam agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor” supaya hasil kekayaan negeri dapat dinikmati semua kaum secara adil.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataan medianya berharap agar semua rakyat menyokong agenda pakej rangsangan ekonomi yang dijangka mampu menyediakan ribuan peluang pekerjaan serta meningkatkan pelaburan dalam negeri ini.

Menurutnya, beliau dan kerajaan negeri bersimpati terhadap rakan Hindraf yang masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Antara yang masih lagi ditahan ialah M Manoharan yang tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau sebagai ADUN Kota Sri Alam akibat penahanan itu,” katanya.

Tiada ulasan: