Isnin, 20 April 2009

Mansuhkan PPSMI: Jangan letak harapan pada Najib - Mohamad Sabu

Basiron Abdul Wahab


KUALA LIPIS - Naib Presiden PAS, Haji Mohamd Sabu berkata, orang Melayu jangan terlalu menaruh harapan kepada Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk megembalikan pembelajaran mathematik dan sains dalam Malaysia.

Ini kerana, Perdana Menteri berkenaan adalah dibayangi pengaruh pengasas PPMSI, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Malah Najib dilihat 'terhutang budi' dengan Mahathir yang banyak menekan, dan mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sehingga melepaskan jawatan pada 3 Mac lalu kepada Najib.

Mohamad yang ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agong Tahunan PAS Kawasan Lipis kali ke-41 dekat sini berkata, Perdana Menteri baru dijangka tidak akan mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi membebaskan diri daripada bayang-bayang Abdullah Badawi.

"Ini bermakna dalam tempoh dua tahun dari sekarang Najib akan memanggil pilihan raya umum ke-14," ujarnya.

Menurutnya, Najib yang kini dalam proses 'membina imej baik' memerlukan idea baru dan segar supaya kelihatan menarik. Apa yang dibuatnya adalah untuk membebaskan dirinya daripada pengaruh bekas bosnya, Abdullah Badawi.

Katanya perkara sama dilakukan oleh semua Perdana Menteri terdahulu, semasa Tun Mahathir mengambil alih pemerintahan daripada Tun Hussein Onn dahulu, beliau melakukan banyak perkara yang boleh menarik perhatian rakyat antaranya menyeragamkan waktu antara semenanjung dengan Malaysia Timur. Beliau juga memperkenalkan dasar penerapan nilai-nilai Islam (Islamisasi), memperkenalkan dasar Kepimpinan Melalui Teladan, dasar pendang ke timur dan sebagainya.

Abdullah pula selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Mahathir telah memperkenalkan Islam Hadhari dan Abdullah menghabiskan banyak wang rakyat untuk mempopularkan Islam Hadharinya itu melalui penerbitan buku, dokomentri, seminar dan sebagainya.

"Tidak hairanlah kini Perdana Menteri Najib juga membuat perkara sama apabila berkuasa segera memperkenalkan slogan baru iaitu 'Satu Malaysia' atau One Malaysia, selepas ini semua perbincangan, seminar dan sebagainya akan membahaskan dasar tersebut, berapa banyaklah pula wang akan diguna bagi memenuhi plan pembinaan imej Najib itu," katanya.

Ditanya adakah isu Altantunya akan terus menghantui Perdana Menteri baru, Mohamad yakin isu berkenaan adalah antara isu -isu yang akan menjadi masalah kepada Perdana Menteri. - mns_

Tiada ulasan: