Khamis, 9 April 2009

Malaysiakini tarik suku juta pembaca

MALAYSIA KINI


Hampir sepuluh tahun beroperasi sejak November 1999, Malaysiakini kini berjaya menarik 250,000 pembaca setiap hari.

Bulan lepas sahaja, laman web berita politik itu menyediakan 35 juta halaman kepada 1.7 juta pembaca, demikian menurut data perisian penjejak populariti Google Analytics.

Walaupun berdepan dengan persaingan daripada laman web baru dan blog, selain akhbar harian, Malaysiakini masih berpengaruh luas dan diminati ramai.

"Memang menakjubkan, kami masih berjaya berada di tangga teratas walaupun pembaca perlu melanggan (untuk membaca).

"Membandingkan kami dengan laman web percuma ibarat air galian dengan air paip," kata ketua pengarangnya Steven Gan.

Menurut enjin pemeringkatan Alexa, Malaysiakini sentiasa terletak di atas The Star sejak tahun lalu, dengan Utusan Malaysia di tangga ketiga, manakala New Straits Times dan Malaysian Insider masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Tiada ulasan: