Isnin, 6 April 2009

Mafrel kecam daftar pengundi SPR.

Oleh: Rusnizam Mahat


SUNGAI PETANI : Badan Bebas Pemantau Pilihanraya (Mafrel) mengecam daftar pengundi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bagi tiga pilihanraya kecil di Dun N25 Bukit Selambau, Dun N25 Batang Ai dan Parlimen 59. Bukit Gantang yang dicemari dengan pelbagai kepincangan termasuk daftar pengundi yang luput tarikh.

Dalam satu sidang media yang diadakan di sebuah restoran di kawasan Taman Ria siang tadi, Korrdinator Mafrel Wilayah Persektuan, Ong Boon Keong berkata daftar tersebut didapati gagal membekal alamat penuh bagi sekolompok besar pengundi yang dianggarkan satu dalam 10 pengundi.

“Daftar ini juga gagal membersihkan pengundi yang telah mati, ia masih mengandungi lebih kurang 100 pengundi yang disyaki meninggal dunia, membekal nombor rumah bagi lebih separuh pengundi dan gagal mendaftar 1/3 pemilih yang layak mengundi,”ujarnya.

Katanya, Pengundi yang tiada nombor rumah di Bukit Selambau ialah seramai 20.4 peratus, Bukit Gantang 26.1 peratus dan Batang Ai 96.3 peratus,”ujarnya.

Menurutnya, hasil siasatan Mafrel turut mendapati terdapat pengundi memiliki nombor rumah tetapi tiada alamat penuh seperti nama jalan dan nombor jalan.

“Untuk tiga kawasan pillihanraya kecil yang disiasat pengudi yang ada nombor rumah tapi tiada alamat lengkap adalah seramai 6 peratus secara purata, iaitu seorang dalam setiap 20 orang.

“Pengundi yang tiada nombor rumah adalah seramai 47 peratus, iaitu seorang dalam setiap dua pengundi. Warganegara yang layak
tapi belum didaftarkan adalah setinggi 37 peratus, iaitu seramai empat dalam setiap 10 warganegara.

Pengundi yang disyaki mati iaitu mereka yang berumur 90 tahun atau lebih adalah seramai 100 orang secara purata bagi ketiga-tiga kawasan,”ujarnya.

“Ribuan pengundi dengan alamat penuh tidak kelihatan alamat penuh mereka dipaprkan dalam daftar pengundi SPR. Adakah ini disebabkan ketidakcekapan SPR atau ada niat tertentu untuk menjauhkan pengundi dari sesetengah calon atau parti,?”katanya.

Menurutnya SPR tidak menunjukkan sebarang kesungguhan untuk membersihkan pengundi seperti membuang daftar pengundi yang telah mati meskipun telah didesak berulangkali.

Katanya, pelbagai kepincangan dalam daftar pengundi telah membuka pintu kepada berbagai penyelewengan termasuk gejala pengundi hantu.

Ong Boon Keong turut mempersoal kenapa SPR tidak mengikut daftar Jabatan Pendaftaran Negara yang sudah sedia ada dan lengkap sepertimana yang dijalankan di negera-negara lain.

“Misi Mafrel adalah untuk menambahbaikan peranan SPR sebagai pengurus pilihanraya Malaysia. Mafrel menggesa kerajaan supaya mengambil berat untuk penambahbaikan perjalanan dan ketelusan pilihanraya di negara ini,”katanya.

Tiada ulasan: