Jumaat, 24 April 2009

Lelong Camry angkuh, bazir wang rakyat

SINAR HARIAN ONLINE


IPOH – Keputusan kerajaan Perak melelong 16 kereta Toyota Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi Exco pakatan pembangkang disifatkan sebagai pembaziran wang rakyat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga mula menampakkan gelagat angkuh mereka kerana mengambil keputusan yang menrugikan itu.

Menurutnya, kerajaan BN tidak seharusnya mengambil tindakan drastik kerana dari segi lunas undang-undang, Mahkamah Tinggi belum memutuskan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri yang mana sah atau tidak sah.

“Saya akan terus menggunakan Camry bernombor pendaftaran AGS 10 selagi mahkamah belum memutuskan sebarang keputusan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri.

“Ini kerana, ia sebagai simbolik kepada kerajaan yang sah dan Perdana Menteri sendiri pun telah menyatakan segala-galanya tunggu keputusan Mahkamah,” katanya, semalam.

Tiada ulasan: