Isnin, 13 April 2009

Kerajaan BN tidak prihatin kebajikan rakyat

SIASAH DAILY


PULAU PINANG : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Pusat yang ada sekarang sebagai sebuah kerajaan yang tidak prihatin terhadap kebajikan rakyat.

Menurut beliau lagi kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan BN dan Umno yang tidak memberi pembelaan kepada rakyat yang memerlukan.

"Adalah menjadi harapan kepada Pakatan Rakyat(PR) untuk memerintah negara bagi memberi pembelaan kepada rakyat.

"Jika dilihat di negeri-negeri yang diperintah oleh PR banyak pembaharuan dan reformasi yang telah dilakukan tetapi tidak mendapat pendedahan daripada media arus perdana yang dikuasai oleh BN dan Umno.

"Pemberian bekalan air percuma di Selangor dan sumbangan warga emas yang meninggal RM2500 tidak dipaparkan oleh mereka walaupun apa yang diaksanakan oleh PR ini tidak pernah dilakukan oleh BN dan Umno semasa mereka memerintah dahulu.

"Mereka takut sekiranya pendedahan maklumat pembaharuan ini akan menggugat mereka..Inilah ketakutan yang sedang menghantui kepimpinan BN dan Umno sekarang ini," katanya.

Menurut Anwar lagi PR akan memastikan dalam pilihan raya umum yang ke 13 nanti penguasaan kerajaan Pusat adalah menjadi agenda utama untuk dijadikan realiti bagi membuat perubahan kepada negara.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penubuhan cawangan baru PKR di kawasan perumahan rakyat Ampang Jajar, Permatang Pauh baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut Anwar menerima borang keahlian penubuhan cawangan baru daripada ketua cawangan Larosli Ismail.

Tiada ulasan: