Selasa, 14 April 2009

Kenduri doa selamat raikan kemenangan Bukit Gantang

Ekmal Yusof


BUKIT GANTANG - Pakatan Rakyat Perak telah menyambut dan meraikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April lalu dengan mengadakan majlis kenduri doa kesyukuran.

Wakil,Pakatan Rakyat Exco Haji Mohd. Zainuddin Mohd Yusof telah mengadakan majlis doa selamat dan bacaan tahlil di kediamannya di Batu 17, Gapis, Padang Rengas pada 11, April lalu dan manakala PAS Kawasan Paya Ranggam telah mengadakan jamuan sama sebelah malamnya.

Dalam ucapan di majlis kesyukuran di Markas Tarbiyah PAS Paya Ranggam itu, Haji Mohd. Zainuddun menyatakan telah dapat menarik nafas lega di atas kemenangan PAS/Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti sejumlah 2,789 undi.

"Kemenangan tersebut adalah hasil dari kemantapan kerjasama tenaga anggota Pakatan Rakyat dalam negeri dan juga sokongan padu dari luar seperti Kumpulan Gerak Kerja PAS Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah serta Wilayah Persekutuan," tegasnya.

Sehubungan itu, Mohd. Zainuddin merayu kepada rakyat supaya bertenang dan bersabar dalam menghadapi kemelut di Perak kerana ianya masih dalam keadaan 'terkawal' dan 'dipimpin' oleh pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat.

"Pimpinan Pakatan Rakyat masih menunggu dan berusaha kepada jalan penyelesaian yang mutlak iaitu dengan diadakan pengubaran DUN Perak sekaligus mengadakan Pilihan Raya seluruh negeri Perak untuk mendapatkan semula mandat kuasa dari rakyat dalam Pilihan Raya itu nanti," kata Zainuddin.

Dalam kemenangan tersebut calon dari PAS Dato' Seri Nizar Jamaluddin telah diisytiharkan menang dengan meraih undi sebanyak 21,860 manakala lawannya Ismail Saffian (BN) 19,071 dan Kamarul Ramizu (Bebas) 62 di mana majoritinya 2,789. - azm/mks. _

Tiada ulasan: