Sabtu, 11 April 2009

Kabinet Pilihan Tun Beri Peluang Kepada Pakatan Rakyat

MALAYA DAILY


Kabinet yang di umumkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya di lantik bedasarkan nasihat dari Tun Mahathir Mohamamad. Jika di perhatikan semula kabinet atau muka muka lama yang sebelum ini mejadi orang kuat Mahathir di susun semula menerusi kabinet baru yang di umumkan semalam makalebih sesuai jika ia digelar Kabinet Tundan bukannya Najib.

Nyata kemampuan beberapa menteri yang di percayai akan menggangu gugat di gugurkan dan demi menghilangkan pengaruh Abdullah Badawi. Kabinet baru ini sekaligus melumpuhkan segala kuasa yang di susun Abdullah.

Apabila kita melihat kepada nasib Khairy Jamaluddin yang mempunyai pertalian persaudaraan kepada Mantan Perdana Menteri jelas tindakan untuk tidak meletakkan beliau di mana mana posisi adalah kerana ingin melumpuhkan kuasa Abdullah itu sendiri.

Malayadaily percaya masih banyak agenda yang belum di selesaikan oleh Tun Mahathir Mohamad, bukan menginginkan kekayaan mahupun kuasa yang di miliki namun apa yang penting adalah untuk melawan musuh politik utama beliau yang semakin berkuasa akibat kelemahan pemerintahan di era Abdullah Badawi.

Menteri Penerangan dahulu Shabery Chik telah melonggarkan polisi di mana apabila di bawah pengurusan beliau di akui beliau banyak perubahan serta kelongaran dapat di lihat apabila Barisan Pembangkang sudah mula di beri peluang untuk di tonjolkan walaupun sedikit namun amat ketara jika dibanding pada zaman pemerintahan Mahathirmaka hari ini Shaberytelah di tukar portfolio beliau.

Walaubagaimanapun tindakan Tun yang dahulunya memang tidak di ragui keputusan beliau dahulunya sedikit berbeza pada mutakhir ini. Akibat terlalu mengikutkan hati untuk menentang Abdullah dan musuh utamanya Anwar Ibrahim sejak 1998 lagi maka tindakan Tun di lihat akan memakan diri ataupun memakan parti Umno itu sendiri.

Jika kita perhatikan banyak isu yang timbul lebih lagi apabila UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak memikirkan komponen komponen mereka yang tidak berpuas hati dengan penyusunan kabinet itu sendiri. Seperti di dalam kabinet hanya beberpa kaum india sahaja yang di pilih berbanding dengan peratusan masyarakat mereka di negara ini. Begitu juga dengan MCA banyak tuntutan mereka tidak di ikuti malah tiada kemajuan atau peningkatan terhadap barisan pemipin mereka didalam kerajaan.

Maka timbul soal perpecahan di dalam Umno itu sendiri dan kini Anwar Ibrahim serta banyak pemimpin pakatan Rakyat mengakui ia akan memberi lebih ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil peluang bagi menguatkan jentera dengan mungkin lebih ramai penghijrahan yang bakal berlaku beserta dengan perpecahan di dalam umno akan memberi sedikit ruang bagi melumpuhkan umno.

Najib seperti di pandu oleh Tun, malah Najib tidak menggunakan peluang ini bagi menguatkan posisi atau menyusun orang beliau sebaliknya banyak keputusan bedasarkan keinginan Tun sendiri. Ramai yang tidak berpuas hati terhadaplantikan baru kabinet ini di pergolakan dalam Umno pasti akan berlaku maka timbul politik dalaman umno yang semakin terus akhirnya ia akan membuatkan perpecahan dan di bahagibahagikan kepada beberapa Team.

Jika benarlah pekara ini akan berlaku maka ia akan menimbulkan kemelut yang dasyat sekaligus harapan serta niat untuk menjatuhkan Najib dalam masa 11 Bulan ini bakal berjaya lebih lagi kini Awnar bakal berdepan sendiri dengan Najib di Dewan Rakyat yang pasti lebih banyak isu dan usul yang akan di bawa.

Tiada ulasan: